Sabtu, 6 Disember 2014

ENAM TAHUN SUDAH BERLALU



Bermula 2008, kira-kira enam tahun telah berlalu, aku telah menulis blog ini. Mula-mula sangat teruja, kerana masa tu Facebook dan laman sosial yang lain belum gah lagi. Teruja sangat sampai kadang-kadang tak tidur malam. Berangan sangat nak dapat income empat angka daripada iklan-iklan kononnya.

Namun akhirnya kena terima hakikat, ia bukan semudah menelan kacang goreng.

Kini aku lebih banyak menerima pelanggan sendiri daripada iklan aku sendiri yang banyak kat tepi sebelah kanan tu. BERSYUKURLAH aku, hari-hari ada orang order produk yang aku iklankan. Bolehlah aku bernafas ketika hari gaji masih lama lagi.....Walaupun tak dapat ribu-ribu, tapi Allah kan suruh bersyukur, siapa yang bersyukur, ALLAH akan tambahkan rezeki itu. Dengan blog ini, tak perlu lagi aku mengetuk pintu rumah orang untuk membeli barang-barang yang aku jual macam dulu-dulu.

Kawan-kawan ada yang bertanya tentang kebaikan blog. Dan berminat nak tulis blog. Dulu memang aku beria-ia nak bantu mereka. Tetapi kesemuanya, hangat-hangat tahi ayam saja. Sejak itu minat aku nak tolong orang jadi terbantut.

Apa sebenarnya matlamat berblog? Itu yang penting. Kalau hanya suka-suka saja, baik tak payah. Buat penat orang yang nak mengajarnya. Kalau nak bisnes internet, guna je Facebook, Istagram, Whatsapp atau lot.my, mudah.my kerana blog ni macam kita jaga satu siaran TV atau RADIO. Kalau siaran tak ada, bagaimana orang nak menonton atau melayarinya?

Oklah ....tahniah kepada yang terus menulis blog. Ada yang tulis blog untuk menghilangkan stress, ada yang untuk arkibkan kenangan, ada yang nak berkongsikan pengalaman, ada yang nak duit Nufnang dan lain-lain.

Teruskan berblog....kerana hanya yang istiqomah sahaja yang akan meneruskan perjuangan ini. Semoga tulisan kalian memberikan manfaat kepada pembaca, dan Allah akan memberi ganjarannya di dunia dan akhirat.








6 ulasan:

umi alya berkata...

6 tahun, lama tu Cikgu..

Blog saya ibarat Diari

Psstt: Lama tak baca kisah kehidupan Cikgu sekeluarga.

Mat Som berkata...

Nanti umi ALYA
tUNGGU ADA cerita menarik

Mama Miraki berkata...

Saya berblog utk mengabadikan kenangan....

Mat Som berkata...

Mama Miraki
Antara blogger yg bermula tahun yang sama dgn saya dan masih berblog sampai sekarang
TAHNIAH MAMA MIRAKI

Kayu Manis berkata...

dh 6 thun.. lma juga ye..
yg knor psti... lps dh tk ada knor kt alam maya nti... mesti anak2 bca setiap nukilan knor..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Saya berblog sebab hobi. Alhamdulillah setelah hampir 8 tahun berblogging, banyak dah kenangan manis yg Allah telah ciptakan.. ie. persahabatan2 baru, pertemuan semula sahabat2 lama (blog adalah penjejak kasih tau.. kalau kita ada mention nama mereka dlm blog).
Dpt tolong masalah2 org.. dan mcm2 lagi..