Ahad, 28 September 2025

10 CARA MENGURANGKAN KERUGIAN BANJIR UNTUK RUMAH

Rumah kawan saya selalu banjir. Hingga paras kepala orang dewasa. Setiap kali banjir dia kerugian harta benda seperti perabot dan barangan elektrik. Dia tak nak pindah dari situ sebab dia dah keluarkan duit terlalu banyak. Pendek kata dia tak mampu lagi beli rumah lain....

Berikan saya sepuluh langkah supaya sahabat saya itu dapat menyelamatkan segala perabot dan peralatan rumahnya itu.

Banjir di situ, jenis hujan sejam yang lebat pun boleh banjir teruk. Setahun kadang-kadang sampai tiga kali.

Berikan solusi-solusi selain dari pindah ke kawasan baru. Terima kasih


Jawapan:

Saya ingin menyelami perasaan anda. Sebahagian kerabat saya pun tinggal di kawasan mudah banjir di Seri Medan, kawasan banjir paling lama di dunia itu.

Berikut beberapa langkah praktikal untuk kurangkan kerugian harta benda akibat banjir yang diakibatkan oleh kiamat iklim akhir-akhir ini.


šŸ  Langkah-Langkah Menyelamatkan Perabot & Peralatan Rumah Semasa Banjir:

1. Naikkan Perabot & Elektrik ke Tingkat Atas / Pelantar Tinggi

Buat loteng kayu / besi / konkrit di bahagian siling rumah.

Kalau rumah tiada loteng, bina pelantar besi berlapis (seperti rak industri) setinggi 2–3 meter untuk simpan barang penting.


2. Gunakan Perabot & Rak Kalis Air



Tukar sebahagian perabot kayu biasa kepada plastik, aluminium, atau besi tahan karat.

Guna rak PVC atau rak besi galvanis yang tahan rendaman air.


3. Bina “Stor Terapung”

Simpan barangan elektrik kecil (blender, rice cooker, TV kecil, komputer) dalam tong plastik kedap udara atau kotak kedap air (waterproof storage box).

Kotak ini boleh diletakkan di atas rak tinggi atau diikat supaya tidak hanyut.


4. Lindungi Peralatan Elektrik Besar

Naikkan soket elektrik lebih tinggi daripada paras biasa banjir (contohnya 5-6 kaki dari lantai). Atau lebih lagi.

Untuk mesin basuh, peti ais, dan TV besar – letak di atas tapak konkrit / palet kayu sekurang-kurangnya 1–2 kaki tinggi.


5. Gunakan Sistem Amaran & Persiapan Cepat.

Pasang sensor air (water level alarm) di parit/longkang atau di luar rumah – ia akan berbunyi bila air mula naik.

Sediakan “Prosedur Kecemasan” – bila hujan lebat, semua ahli rumah sudah tahu barang mana perlu diangkat dulu.


6. Bina Kabinet Gantung & Dinding Penyimpanan


Alihkan almari pakaian dan kabinet penting ke jenis kabinet dinding yang tidak cecah lantai.

Boleh buat sistem gantung untuk TV (wall mount) dan rak gantung untuk barangan dapur.


7. Sediakan Peralatan Perlindungan Murah


Beli wrap plastik gulung besar (cling wrap industri / plastik pallet) – bila hujan lebat, bungkus peti ais, almari, sofa.

Gunakan tong dram 200 liter untuk simpan barang kecil yang cepat rosak.


8. Susun Atur Rumah Mesra Banjir

Elakkan simpan barang berharga di lantai.


Letak semua dokumen penting (IC, sijil, geran tanah) dalam fail kalis air (waterproof document bag) dan simpan di tempat tinggi.

9. Sediakan Rak Khas di Luar Rumah (Bumbung Tambahan)

Bina stor tambahan kecil yang tinggi dengan lantai tinggi atau kaki besi (seperti rumah burung) untuk letak barang-barang besar yang sukar diangkat bila banjir.


10. Buat Latihan Simulasi Banjir

Sama seperti latihan kebakaran, buat latihan keluarga: bila hujan deras, siapa bertanggungjawab angkat peti, siapa bawa dokumen, siapa pastikan elektrik dimatikan.


✅ Ringkasnya, kena ubahsuai rumah jadi mesra banjir – bukan sekadar bersihkan selepas banjir. Dengan sistem rak tinggi, tong kedap air, perabot gantung, dan pelan kecemasan, kerugian dapat dikurangkan banyak.

Perabot serbuk kayu sudah dilarang beli. Kena beli satu dua perabot jati🤭

Maaf, ini gabungan idea aku dgn idea ChatGPT Sdra yang terlibat...

Ahad, 21 September 2025

RITZY GLOSS SDN BHD

RITZY GLOSS SDN BHD
Tengok siapa pemegang sahamnya ..

Pemegang saham Ritzy Gloss seperti berikut:

Suez Capital Sdn Bhd — 51%
Scenic Starhill Sdn Bhd — 21.25%
Transworld Equity Sdn Bhd — 12.75%
Yedor Holdings Sdn Bhd — 10%
Yeoh Ah Tu — 5%. 

Kelima-lima Syarikat ini tidak didedahkan siapa CEOnya ...Kenapa tidak didedahkan CEO syarikat ini??? Hmmm

ChatGPT kata Pemaju ini yang terlibat dalam kes Kampung Sungai Baru?

UNJURAN PENDUDUK MALAYSIA MENGIKUT KAUM PADA TAHUN 2030

Selasa, 9 September 2025

ZAMAN KETIDAKADILAN SEDANG BERMAHARAJALELA!!!

Analisis komen aku melihat apa yang terjadi mutakhir ini....

Pada akhir zaman ni, dunia semakin dipenuhi dengan fitnah dan kekacauan, sebagaimana yang telah disebut dalam hadis Rasulullah SAW bahawa akan muncul zaman di mana orang yang amanah dianggap khianat dan yang khianat dianggap amanah, yang benar didustakan dan yang dusta dipercayai.

Sedagher2 sekalian -,
Realiti ini dapat dilihat pada zaman sekarang, apabila keadilan sering dipermainkan oleh pihak yang berkuasa, manakala golongan miskin dan lemah terus tertindas kerana tidak mempunyai pengaruh dan harta. 

Tahukah Sedagher2, Sistem sosial dan ekonomi pula lebih menguntungkan mereka yang kaya sehingga jurang semakin melebar; yang kuat menindas yang lemah, manakala yang tidak berdaya terpaksa menerima keadaan dengan penuh penderitaan. 

Sedagher2 ku sekalian!!!Inilah tanda-tanda bahawa dunia semakin menuju ke arah zaman penuh ketidakadilan sebagaimana telah diperingatkan dalam al-Quran dan sunnah.

Akhir kata, kesimpulannya, dunia ini tempat mereka bermaharajalela, namun jangan lupa hukum karma tetap akan terjadi...dan di akhirat sudah pasti mereka akan dihadapkan di Mahkamah Allah, dan mereka akan menerima pembalasan yang amat pedih ....

~Mat Som Sadona

Selasa, 2 September 2025

PUNCA-PUNCA RAKYAT INDONESIA MEMBERONTAK

Ini Punca2nya Rakyat memberontak Antaranya: 

Akaun bank yg tak aktif selama 3 bulan dibekukan... 

Kebun yang tidak dikerjakan akan disita. 

Cukai jualan PPN naik sehingga 12%.

Peniaga kecil dilarang jual gas 3kg. 

PBB (Merujuk cukai bumi dan bangunan) naik ke ratusan peratus. 

Ada ahli parliment yang suruh mintak kerja dgn kawan-kawan, jgn minta dgn kerajaan.

Ada menteri yg cakap GURU BEBAN NEGARA. Walaupun hoax, tp itu kesimpulan drp ucapan Sri Mulyani.

Sahroni kata rakyat TOLOL. 

YB2 Joget2 di parlimen kerana elaun rumah mereka dinaikkan RM13000 sebulan, sedangkan rakyat merempat.

Jadi setelah diteliti punca2 ini memang wajarlah rakyat mengamuk sedemikian rupa. Kerana yang TOLOL ternyata para pemimpinnya.