Isnin, 12 Januari 2026

TEWASNYA MAT INDERA DI SERI MEDAN



Sejarah Penangkapan Mat Indera 14.10.1952 di rumah Hj Misban di Kampung Parit Baru Seri Medan Batu Pahat. Pak Beladang, Hj Misban, Hj Tukiyo dan Mbah Sam memerangkap Mat Indera. 

Mat Indera tumpas setelah makan kecubung yang dicampur dalam masakan tempe masak lemak untuk hidangan makan nasi awal malam itu. Setelah Mat Indera mabuk dan hilang kawalan diri, semua tangkal dan azimat Mat Indera ditanggalkan. Kemudian baru Bajuri dipanggil selaku wakil keselamatan.

Sudah jadi  kebiasaan komunis meminta orang kampung menjamu mereka apabila mereka berada di sesuatu kawasan. Mat Indera bukan datang seorang diri, tetapi dengan beberapa rakan berbangsa Cina dari Parti Komunis. 

Dalam sumber internet ada pelbagai versi, dan saya dapati ada fakta yang tidak tepat. Saya bertanya sendiri saksi yang berhubung terus dengan isteri Hj Misban, Lek Sies. Lek Sies orang yang masak tempe masak lemak yang dibubuh kecubung itu.

Saya tidak buka komen kerana saya tahu, ada ramai penyokong Mat Indera di luar sana termasuk Tok Mat Sabu. 

Jika kamu seorang pejuang, jangan sesekali bersekongkol dengan komunis yang ternyata anti Agama Islam.

~Mat Som Sadona