Khamis, 22 Januari 2026

BEREVOLUSI DENGAN KEMARAAN AI

BEREVOLUSI DENGAN KEMARAAN AI
Semalam , antara ratusan komen di Tiktok aku, ada satu komen yang mengkritik lagu aku katanya tiada unsur seni dan cacamarba.

Aku tengok Tiktok dia pun follower 50 orang dan video dia pun tak ada yang Fyp. 

Aku bukannya koyak, cuma cara dia memberi komen boleh melemahkan semangat aku. Aku tak mahu kesihatan mental aku terjejas.

Aku buat lagu bukannya nak jadi komposer. Setakat untuk hiburan sendiri dan kawan-kawan. Bukan dapat apa-apa pun. Di samping nak dijadikan suara latar video media sosial aku. 

Sekarang bukan boleh ambik lagu orang suka-suka. Salah sikit video dibisukan oleh Tiktok dan Facebook. YouTube juga sangat ketat sekarang dalam peraturan copyright ni. Maka dengan adanya lagu ciptaan sendiri, masalah aku selana dapat diselesaikan sekarang.

Dalam mencapai monetize Fbpro pun, video-video aku yang sepuluh tahun dulu pun, Mark Zuckerberg ungkit konon ada melanggar copyright punya peraturan. Terpaksalah aku delete satu-satu demi nak monetizekan Fbpro aku.

Berbalik dengan Mamat yang sibuk komen lagu aku tu, agaknya dia lupa, sekarang ni dah zaman AI, banyak pekerjaan  bakal lenyap ditelan arus AI ni.

Sehingga lukisan pemandangan, bunga dan sebagainya dijual semurah RM10 sahaja. Zaman kita remaja dulu untuk membeli lukisan harganya ratusan malah beribu. Masa tu aku tengok harga lukisan di Court Mamoth. 

Wallpaper pun macam-macam versi, ada air terjun, hutan, laut dan lain-lain. 

Kita pun dah tak dengar lagi ada budak bercita-cita nak jadi pelukis?

Begitu juga dalam penciptaan lagu. Pendengar bukan nak kisah lagu ni ada unsur seni, ada susunan lirik yang puitis. Bagi mereka asal sedap didengar maka diputarlah lagu itu.

Anda mesti terima kenyataan, zaman AI ni, pencipta lagu pun sebenarnya turut terjejas😜🤣

Munculnya penyanyi-penyanyi palsu seperti Aliff Syukri pun rakyat dah tersentak. Sekarang muncul pula penyanyi AI yang bersuara lebih power.

Berkumandangnya lagu Justice For Zara, orang ramai bertanya siapa penyanyinya? Kenapa suaranya boleh setinggi itu?

Dan sekali lagi lagu Jamilah yang asalnya dinyanyikan oleh Jamal Mirdad telah diberi nafas AI sehingga popular gara-gara aksi Que Haidar yang menggunakan lagu itu untuk video Tiktoknya.

Dengan Tsunami AI dalam semua bidang, kita sebenarnya mesti berevolusi.

Pensyarah-pensyarah universiti terpaksa membuat kaedah penilaian yang berbeza dari masa lalu untuk pelajar-pelajar yang menyiapkan assignment dan tesis mereka, adakah itu ayat ChatGPT atau Gemini?

Inilah coretan aku pada malam buta jam 2.00 pagi 22 Januari 2026.

~Mat Som Sadona

Tiada ulasan: