Ahad, 11 Julai 2010

BANCI PENDUDUK SUDAH BERMULA

Sekadar gambar hiasan
Petang tadi sedang aku membersihkan kawasan rumah, aku disapa oleh dua orang anak muda. Mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai banci penduduk 2010. Aku tengok atas bawah, sah mereka bukan penipu.
Antara soalan yang ditanya
1. Nama
2. Tarikh lahir
3. Umur
4. Nama isteri
5. Jumlah ahli keluarga yang tinggal di rumah
6. Ada kereta, motosikal?
7. Ada komputer dan laptop?
8. Tarikh lahir setiap anak -kenalah sedia semua ni ...malu nanti tak dapat jawab
Begitulah antara yang aku ingat, sebab banci penduduk ini akan dijalankan serentak di seluruh Malaysia.
" Kalau tuan rumah tak ada, apa yang akan awak buat?" tanya aku kepada budak itu.
" Saya akan datang semula pada hari lain. Tetapi jika saya tahu nombor telefon rumahnya, saya akan call" ujar pemuda itu.
" Ada satu soalan awak tak tanya saya...." aku cuba memerangkap
" Apa dia pakcik?" Sampai hati dia panggil aku pakcik...[tak sedar diri lagi aku ni!]
" Awak tak tanya isteri saya berapa orang?".....
" Pakcik ada dua orang isteri ke?"
" Hahahahahahaaaa..... saja je.....sila minum Kopi Radix ni......"
" Alhamdulillah....rezeki...."
Aku ceritakan kisah ni bukan apa, takut kalian apabila ada orang datang disangkanya perompak. Kita kan dapat membezakan perawakan pegawai banci yang sebenar dengan orang yang menyamar. Takkan tak dapat nak beza, dah 35-45 tahun hidup...!
Nak tau dia pegawai banci sebenar, mintak dia satu kad yang akan ditampal di dinding rumah kita. Kalau kad kuning itu tak ada, maknanya mungkin dia penipu besar. Apa lagi jika dia bertanya yang bukan-bukan seperti
1. Berapa lama Tuan sudah berkahwin dengan isteri Tuan?
2. Tuan ada tak anak dara yang berumur 14 tahun ke atas?
3. Tuan banyak tak simpan duit di rumah?
4. Berapa banyak gelang dan rantai emas yang pernah puan beli?
5. Dan bla bla bla bla............
Sekian ........

2 ulasan:

Mama Miraki berkata...

hahhaha..bagus2...MS dah tuliskan jawapan dia..nanti saya boleh tulis dan tinggal jawapan tu kat bibik. Rabu lepas bibik kata ada orang dtg nak banci..tapi dah majikan takde..dia kata nak dtg lagi nanti..sabtu ke ahad...dah ahad kita pun tak de kat rumah..agak dia dtg esok..ehehhehe boleh ker bagi jawapan bertulis...hehehhe....( yelahdiadtg time office hour mana ada org kat rumah...)

MSOM berkata...

Boleh sangat tu Puan Zainab.
Tadi pun saya menjawab bagi pihak jiran saya yg outstation.

Umur suami isteri kena ada. Tarik lahir suami isteri dan anak-anak.
Borang banci tu saya tulis sendiri tadi, sebab pemuda itu nampak terkial-kial.