Keputusan Perlawan Akhir Piala Dunia 2010
Sepanyol 1- Belanda 0
Rembatan emas Iniesta pada minit ke 116 (minit ke 11 masa tambahan sesi kedua) telah menjulang Sepanyol sebagai juara baru Piala Dunia. Walaupun gol itu menimbulkan kontreversi namun segala-galanya telah berakhir. Pasukan itu telah membawa pulang Piala Dunia bagi mengubati seluruh rakyat Sepanyol yang mengalami masalah kebangkarapan ekonomi yang teruk itu. Sepanyol merupakan negara ke lapan yang memenangi berprestij itu. Sepanyol telah menguasai 57% permaian itu manakala Belanda 43%, justeru itu Sepanyol memang berhak menang. Ironinya ramalan sotong tepat lagi. Aku sendiri tak tau sangat fasal sotong ni. Ternyata ramalan awal semua media sebelum kejohanan tidak ada yang tepat langsung.
2 ulasan:
Tahniahlah kerana mengikuti game hingga ke akhir....aku menonton 45 minit pertama dan lepas tu bosan kerana tiada satu jaringan pun dihasilkan. Rasa membazir masa dan ada baiknya tidur...Sambung nonton pada minit tambahan dan berpeluang menyaksikan rembatan kencang Iniesta ke gawang gol...
Mudzakir,
Aku ni sebenarnya tak minat sgt Piala Dunia ni. Tetapi perlawanan akhir selalunya aku sanggup bersengkang mata utk menontonnya. Masih ingat lagi, Piala Dunia 4 tahun yang lalu, bagaimana Zidane menanduk dada Metarazzi.
Catat Ulasan