Khamis, 12 Mei 2011

12 TIP MENDIDIK ANAK

 

Syeikh Muhammad Said Mursi dari kitab Fan Tharbiyah al-Aulad fi al-Islam). 

1. Anda mungkin miskin harta tetapi anda mampu dari segi memberi pendidikan kepada anak-anak. Tunaikan hak mereka itu dengan didikan yang baik.









2. Peranan mendidik bukan terletak kepada guru seratus peratus, anda perlu bekerjasama dengan guru dalam mendidik anak-anak. 




3. Tunjukkan cara kepada anak anda untuk memilih sahabat sejati (beragama).




4. Ketika anak anda melakukan kesalahan, perbaiki kesalahan mereka dengan kasih sayang dan bukan melahirkan kekecewaan. 





5. Seorang anak kecil umpama sebuah bekas yang mampu menampung segala kebaikan dan keburukan. 






6. Apabila anda menimang cahaya mata yang baru, pastikan perhatian anda kepada si kakak atau abangnya sama seperti sebelumnya. 





7. Tumbuhkanlah rasa cinta anak untuk membaca dan mendorongnya menjadi orang yang paling pandai dalam pelajaran.




8. Ketinggalan dalam pelajaran tidak bermakna anak anda bodoh.



9. Kawal program televisyen yang ditonton oleh anak-anak. Pastikan program tersebut memberi manfaat buat mereka. 




10. Dekatkanlah anak anda kepada Allah dan Rasul-Nya serta balasan di hari akhirat. Ketika mereka melakukan perkara baik, katakan pada mereka perbuatan tersebut diredhai Allah. Dan perbuatan itu dibenci Allah jika mereka melakukan perkara yang tidak baik. 






11. Larang dan bersikaptegas terhadap anak-anak daripada membaca buku, majalah yang kurang mendidik.





12. Elakkan menasihati anak di depan orang lain.

Tip Diadaftasi drpd Majalah Nur

1 ulasan:

NoorGie berkata...

Msom, tq 4 the info...banyak panduannya...saya pun kekadang tersasar dari landasan bila mendidik anak2...tq kerana input ni berjaya menyedarkan saya dan insya allah akan cuba kembali ke landasan sepatutnya