Selasa, 28 Jun 2011

YANG TINGGAL HANYA TANGGUNGJAWAB

Masa bercinta semuanya indah saja
Segala-galanya bagai di alam Magika
Tiada cacat dan cela
Tiada busuk, wangi setiap masa
Apa dipinta dapat semua
Bekejar-kejaran di sini sana bak Kuchu Kuchu Ho Tahey


Setelah berumahtangga
Yang tinggal cuma Tanggungjawab
Segak tampan cantik jelita
Menjadi soal kedua
Realiti pasangan terbongkar semua
Yang tak tahan mintak cerai 30 kali adanya
Ada yang ghaib begitu saja


Perkahwinan satu perjuangan
Bukan suka-suka atau terikut orang
Bukan kerana tak tahan disakat handai taulan
Aturkan ia, serapi bagai ke medan bakti
Ia lebih penting daripada segala Exam
Ia lebih utama daripada segala pengembaraan
Ia lebih mencabar daripada segala pelayaran


(Ustazah kata penceraian berlaku selang 15 minit di negara kita?) Setiap hari Jeneral-jeneral Iblis bertemu dan meraikan kemenangan. Mereka teramat gembira kerana manusia akhirnya telah dapat dikalahkan! 


IBLIS DASIM? SIAPAKAH RAKAN IBLIS DASIM ITU?

Ahad, 26 Jun 2011

SIFAT SEMULAJADI MANUSIA

Petang ini tidak ke mana-mana. Maka aku luangkan masa menulis entri ini.
Topiknya di atas. 
Aku Juga Manusia


Kita ni manusia. Kau, ko, ente, anda manusia,aku pun manusia. Semua yang bernama manusia zaman ini mempunyai sifat ini. Ada 7 sifat manusia. Cuba jawab BETUL atau TIDAK.



  1. EGO - Semua orang ada egonya. Budak kecil, bayi kecik tu pun ada egonya. Dia kata nak makan duit syiling. Kita halang dia. Dia menangis menjerit-jerit. Yang tua lagi dahsyat egonya. Betapa ramai anak-anak kecik hati, apabila orang tua buat keputusan. Kita ajak orang tua kita tidur rumah kita, mereka tak mau. Alasannya takut ayam itik mati tak makan. Rumah tak bersapu. Kita ni pun ego. Kadang-kadang super Ego. Pasangan kita tegur kita. Kita balas macam mesin gun! BETUL atau TIDAK? (Tak taulah kalau engko ni suami atau isteri Mithali yang sentiasa Tawadhuk dan berbudi tinggi. 
  2. Semua orang rasa DIRI MEREKA PENTING. Kalau boleh apabila kita datang ke satu-satu majlis, orang sambut kita macam wakil rakyat. Kalau boleh kita sampai tempat kerja kita, semua kawan kita tegur kita? Nabi melarang orang berdiri menyambut kedatangannya. Siapalah kita. Tetapi itulah hakikatnya sekarang ini. Khasnya pak-pak menteri. Soalnya adakah betul kita ada rasa DIRI KITA PENTING? Adakah kita akan kecil hati, apabila pergi ke satu-satu tempat, orang tak pedulikan kita? Mereka tak tanya kita langsung seolah-olah tidak kenal kita?
  3. Semua orang DAHAGAKAN PERHATIAN DAN MENYUKAI PUJIAN IKHLAS. BETUL ATAU TIDAK? Apa kata kalau kita jumpa kawan lama, mereka terus kata "Tuanya engkau sekarang? Engkau sakit apa? Gedebabnya engkau..dan macam-macam lagi. Apa pula perasaan kita apabila mereka kata..."Kau masih macam dulu, muda, ayu....bla..bla". Dahagakan perhatian? Sampai je , kawan itu dengan muka manis senyuman menyambut kedatangan kita...Rindu betul aku dengan kau, dah lama sangat nak jumpa..!
  4. Semua orang suka CAKAP MEREKA DIDENGAR. Ni yang aku kureng sikit. Fokus kena ada. Aku baru nak belajar fokus apa yang orang katakan kepada aku. Adakah anda fokus dan mengambil perhatian terhadap apa yang orang ceritakan kepada anda? Kalau mereka cerita berdegar-degar tiba-tiba, kita tak tau hujung pangkal apa yang mereka cerita, malanglah sungguh.
  5. Orang tidak suka DIARAH ATAU DISURUH.Ni aku tak tau nak ulas. Faham-fahamlah kawan-kawan kita bukan anak-anak kita. Anak-anak kita pun manusia. Mereka tak suka juga diarah dan disuruh. Mereka perlu dirangsang/dimotivasi/disuntik semangat. Sebab tu kalau bos kita, arah kita macam kuli batak, kita MARAH SANGAT. BETUL TAK? 
  6. Semua orang SUKA DIPERCAYAI. Jika orang msih percayakan kau, Alhamdulillah. Tetapi kalau anda pernah bersikap tak jujur, orang semua tak percaya lagi kepada anda. Maka anda kena berhijrah jauh-jauh dan bina penghidupan baru. Manusia ni memang kejam. Kalau salah sekali, sampai mati orang akan ingat.
  7. Semua orang MAHU DIHORMATI. BETUL ATAU TIDAK? Pernahkah kalian pernah rasa tak dihormati. Dimaki? Dihina? Diumpat? Bagaimana perasaan kita ketika itu?

Tujuh sifat itu ialah Sifat Manusia termasuk kita. Maknanya kalau kita mahu 7 perkara tersebut, maka sahabat-sahabat dan anak-anak, kerabat dan semua manusia yang kita temui hari ini, ketika ini, mereka juga mahukan 7 perkara ini. Apa lagi Suami atau Isteri kita.

Jumaat, 24 Jun 2011

BIAWAK MASAK UNGKEP

Banyak betul orang buang kucing ke rumah aku. Bau sana, bau sini.
Aku pun cerita dengan seorang kawan.
Kalau nak buang kucing, buanglah ke.....Taman Sri Sulong.
Kenapa pulak? Apa muslihatnya?
Dia kata, kalau buang kucing ke sana, ceritanya senang.
Senang? Tak fahamlah aku, kenapa?


Rupa-rupanya...Di sana, hayat kucing tu cuma dua tiga hari je.
Mereka akan dikidnap oleh jejaka-jejaka perkasa dari negara jiran.
Kucing tu akan dimasak Tomyam, Kari, rendang, masak ungkep pun ada.
Orang Vietnam tu fasal dah tak peduli apa.
Asal benda bergerak dia buat lauk.


Seorang kawan lagi bercerita.
Satu hari dia ternampak sekumpulan pekerja Vietnam itu singgah di kedai runcit
Nak beli rempah ratus.
Seorang beli rempah itu.
Dua orang yang lain di luar itu sedang mengusap-ngusap seekor biawak yang besar sederhananya.


Nota: Taman Sri Sulong ramai pekerja asing, kerana di situlah terletaknya kilang-kilang. Sebab tu kawasan pemumahan itu dikenali sebagai Taman Industri Sri Sulong. Banyak kilang di Batu Pahat telah berkumpul di situ. Jika anda pergi ke Pasar Malam Sri Sulong, kelihatan ia sebagai Pasar Asia. Macam-macam orang ada di situ.

Khamis, 23 Jun 2011

MAYBANK BATAL BERGABUNG DENGAN RHB CAPITAL

KUALA LUMPUR: Maybank memutuskan untuk tidak meneruskan kemungkinan bergabung dengan RHB Capital berikutan perkembangan terbaharu serta pertimbangan lanjut. - BERNAMA. BHAIRAN.


Sebagai rakyat bawahan aku selalu tertanya-tanya. Kenapa bank suka bergabung dengan bank lain? Bank ada satu bank. Aku jadi pelanggan bank itu. Namanya UMBC, macam kuat je bank tu. Tiba-tiba dibeli oleh Sime Darby lalu bertukar jadi Sime Bank. Sime Darby lebih layak jaga ladang, Sime Bank akhirnya bergabung dengan RHB Bank. Maka buku bank selalu bertukar. Tinggallah jadi sejarah. Dikubur tak bernesan. Bank Bumiputera turut mengalami nasib yang lebih malang. Jatuh, bangun, jatuh, dan jatuh terjelepuk.  



Bank yang tawadduk ialah Bank Pertanian. Merendah diri....je...tapi tukar nama juga. Agro Bank. Tukar nama tak apalah kut? Bank Muamalat pun khabarnya dah berura-ura nak digabungkan dengan Bank Islam? Pelanggan pun dah mula tak puas hati apabila gaji melaui bank itu lebih lewat daripada bank lain.


Isnin, 20 Jun 2011

KISAH ANAK BARU BELAJAR BERCAKAP







Aku jarang cerita fasal anak kami yang sorang ni....Aliff Iskandar yang lahir 9 April 2010. Ni tengah sibuk belajar bercakap bahasa Slovakia.
(Video Prepared By Ili6b18)

BLOG TERBIAR SEBAB.....

Ni Pak Cik aku Hj Jamal di Seri Medan. Nak jengok dia pun aku tak sempat-sempat. Barisan sepupu aku dari seorang Pak Cik aku je tu. Kalau datang semua ni kat rumah aku. Aku kena sediakan Kanopi.

Tiga empat hari ni, aku minat buat video Youtube. Bukan kerana apa, cuma nak satu kelainan dalam kehidupan. 


Hari ni pulak sibuk tukar templete. Godek sana, godek sini. Akhirnya senang cerita berbalik pada template Blogger.Com. Ni pun entah sampai bila? Tapi bestnya, tempalete dengan ni, loading senang. Header pun begitu juga. Nak berguru lagi ni....banyak lagi yang tak tau.


Ramai dah membiarkan blog mereka terdampar sepi. Umpama isteri yang digantung tak bertali. Umpama suami yang ditinggalkan isteri, yang hilang dengan tiba-tiba tanpa khabar berita, lari cuma dengan sebuah beg sambil mendokong dua anak kecil....Suami pun muhasabah diri...KENAPA sampai kanda ditinggalkan? Teruk sangatkah kanda ni? (Ini cerita dalam akhbarlah) 


Tertanya-tanya aku....Kenapa? Kenapa blog mereka ditinggalkan? Dulu pun aku pernah bincang hal ini. Antara sebabnya, kerana bosan. Dah tak tau nak cerita apa. Tulis blog bukan dapat apa?


Kalau kita tulis blog dengan mengharap dapat duit iklan, maka hentikanlah. Kerana kita akan kecewa. Tulislah blog untuk menyampaikan misi dakwah secara santai. Secara orang tak sedar. Kita akan bahagia. Kerana ilmu sedikit yang kita ada, telah kita sebarkan kepada orang lain. Tanpa kita menjadi ustaz atau ustazah. 


Yang pentingnya, usah kita menambah dosa melalui blog. Dosa kita pun dah menimbun kan?


Dulu, aku selalu menulis diari. Dari sekolah menengah lagi. Masih ada tiga koleksi yang masih aku simpan. Walaupun aku bukan bakal PM, Menteri, Penulis, Cendekiawan terbilang,yang kisah hidup aku akan dibukukan, tetapi, segala yang ditulis di situ sekurang-kurangnya dapat menghilangkan stress ketika nota itu ditulis.


Dan sekarang dengan menulis blog dapat berkongsi cerita kehidupan dengan khalayak. Kita tak ada masa nak berjumpa dengan semua orang. Lagi pun semua dah sibuk dengan pelbagai rencah kesibukan masing-masing. 


Sekian...

Ahad, 19 Jun 2011

VIDEO YOUTUBE ILI



TERUJA, dengan Video Youtube aku, Ili mencipta Video yang lebih canggih daripada bapaknyer....budak-budak lagilah cepat mahir kan? Video berkaitan Aktiviti Kokurikulum Ili di Melaka semalam 18 Jun 2011.

Sabtu, 18 Jun 2011

VIDEO YOUTUBE AKU YANG KEDUA








Masih gambar hari tu, sebab belum sempat ambik gambar yang baru. Sambil nak promosi negeri sendiri kepada para pengunjung. Kata orang banyak letak Youtube, Nufnang tak masyuk. Peduli apa? Bukan banyak pun dia bagi. Baik aku promote produk Bio Asli. Untung Satu kotak dah sama income nufnang Setahun!




Yang pentingnya AKU HAPPY.

Jumaat, 17 Jun 2011

YOUTUBE PERTAMA AKU












Ceritanya video bulan Februari lalu. Nak masukkan gambar lain macam tak meriah. Lepas ni aku nak promote produk guna Youtube. Nampak gaya kamera cabuk ni kena simpan dalam muzeum.

Selasa, 14 Jun 2011

NAJWA LATIF - CARTA HATI



Wow! Hebat. Muncul Bintang dari Batu Pahat.
Bintang Youtube....
NAJWA LATIF



Najwa Latif menyanyi lagu UMBRELLA (Rihanna) di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat.

Isnin, 13 Jun 2011

KEMBALI BERTUGAS

Masa bersantai telah berakhir....
Kini aku kembali menjalankan tugas rutin.
Hidup ini sebuah perjalanan
Menuju jalan yang lurus....


Berbaktilah kepada dunia
Beribadahlah kepada Allah
Kerana masa berlalu demikian pantas
Jika kita alpa, kita akan dipancung usia

Sabtu, 11 Jun 2011

TIADA REHAT ADANYA


Dari Penyabung Endau, kami terus ke rumah Bonda di Parit Baru Seri Medan. Kami tidur di sana satu malam. Bangun pagi, aku ke belakang, dan nampaklah pokok ini. Kak Kay tak tau pokok Jarak? Ha ini dia pokonya! Jika petrol kehabisan di dunia ini. Pokok ini akan menjadi penggantinya. Ia boleh menghasilkan tenaga. Bijinya jika dibakar, akan menyala seperti lilin.

Pagi Jumaat 10 Jun 2011

 Pokok jarak dan buah jarak
(Padang Jarak Padang Tekukur?)

 Daun Pokok Jarak

 Pokok Ciplu'an dalam Bahasa Melayunya apa ya?
Pokok Letup-letup? Dulu masa kecik aku selalu bergaduh dengan adik aku Siti Amanah fasal berebut buah Ciplu'an ini.

 Danish anak Siti tenang saja mendengar rintihan lembu yang besar ini.
Ia bakal di sembelih

Pagi Jumaat 10 Jun 2011 
En Rahman Siraj jiran bonda aku mengahwinkan anaknya. Jadi aku sempat tolong menumbangkan lembu raksasa ini. Yang berat sama dipikul.

 Dengan kekuatan orang-orang muda Parit Baru Seri Medan
Lembu ini akhirnya tewas, kesian kan?
Yang bertshirt hitam tu Zaidon cucu Allahyarham Hj Misban
yang menangkap Mat Indera hidup-hidup tu




VIDEO SEMBELIH LEMBU DI PT BARU SERI MEDAN


 Anak Lek Rebin (berbaju hitam) kata dia selalu baca blog aku. Tak sangka pulak ada orang kampung baca blog aku. Jadi aku tak boleh kutuk-kutuk orang kampung aku sebarangan. Kerana dalam diam ada yang memantau rupanya.

 Sebelum balik ke rumah, aku memetik daun So, daun pokok Belinjau ni.
Sedap kalau dimasak lemak atau ulam setelah dicelur dengan air panas.

(RnR Machap)

 Petang Jumaat 10 Jun 2011, setelah tidur satu jam...menghilangkan kepenatan. Misi diteruskan. Ke Simpang Renggam. Bertolak jam 6.00 petang. Tiba di RnR Machap untuk makan dan solat Magrib.

 Tiba di rumah Kak Saniah di Simpang Renggam jam 8.00 malam. Kak Saniah ialah kakak Sulong Hamidah. Kak Saniah mengahwinkan anaknya Yus 11 Jun 2011. Suaminya Abang Sani baru meninggal beberapa bulan lepas. Orang Simpang Renggam semua kenal keluarga ini. Sani Soto di bus station Simpang Renggam telah beroperasi lebih 20 tahun.


Pintu Gerbang Parit Tengah Bt 18, Ayer Hitam, Muar.

 Petang 11 Jun 2011-Sabtu aku menemui dua orang downline aku di Pasar Malam Parit Tengah, Batu 18 Ayer Hitam Muar. Seronok berbelanja di sini. Semua orang Jawa keluar dan mereka speaking Jawa di sini.

 Kasut Murah-murah di Pasar Malam Parit Tengah.Tahan tak kasut-kasut ni. Jangan pakai sehari dah tanggal. Keluar mulut buaya?

Tengah jalan-jalan, aku terjumpa awek cun....Mereka ini tentera ASTRO yang sedang menggempur Parit Tengah.Ada 10 orang nampaknya.Dengarnya ramai orang Parit Tengah dah tergoda dengan pujukan gadis-gadis cute ini. Usah nanti bulan ke 6 dah tak bayar bil Astro! Hehehe

Jumaat, 10 Jun 2011

CHALET DAN RESORT DI PENYABUNG, ENDAU

VIDEO SEPANJANG DI PANTAI PENYABUNG
(yg naik kuda tu kat Pantai Mersing)

Video Terbaru Resort di Penyabong. Video Tahun 2021. Baru update


Setelah berada di Pantai PASIR LANUN, PENYABUNG, Endau Mersing selama  30 jam, aku dapat membuat cadangan kepada bakal pengunjung/pelancong yang ingin berehat di Pantai Penyabung tentang Resort dan Chalet yang ada di pantai yang indah ini.

Di kawasan Pantai Penyabung ini terdapat 4 Resort/Chalet yang boleh ditempah iaitu

  1. Pantai Penyabung Resort- Sibuk punya hal, aku terlupa nak ambik gambarnya. Tetapi boleh dicari dalam carian Google dan Yahoo.
  2. Endau Beach Resort- Resort yang mempunyai pakej yang lengkap. Ada swimming pool dan tempat yang ekskusif dengan harga RM 150- RM 200 SAHAJA.NO TEL 07-7942611
  3. Pasir Lanun Camp And Chalet....Ada Dorm 10 tempat tidur. Katil bertingkat. Ada yang berharga RM 80.00 dan RM 130.00 No Tel 07-7944778
  4. Coconut Beach Resort- Murah sekali cuma RM 60.00. Atap Rumbia dan di depannya anda boleh melihat pantai yang terindah di sini.  

  

OK Kita lihat Resort-resort yang saya katakan itu:

ENDAU BEACH RESORT 

Endau Beach Resort dari pandangan hadapan

Parking yang luas di Endau Beach Resort

Endau Beach Resort pada waktu malam

Kolam Renang dewasa dan kanak-kanak di Endau Beach Resort

Ada peti ais...bukan semua chalet ada peti ais

Anda boleh borak-borak di sini. Air minuman pun murah.

Bilik di Endau Beach Resort

Lanskap yang indah

Boring-boring boleh jerit-jerit, tak ada sesiapa yang peduli

Aku nak melompatlah, mesti mama bengang nanti

Kat sini pun kena jaga anak



Boleh bincang-bincang bersama keluarga dan teman

Endau Beach Resort dari pandangan teratas


OK.....! Kita melawat Chalet yang ke tiga di Pantai Penyabung ni....

NAMANYA...

PASIR LANUN CAMP AND CHALET

 Untuk ke Pasir Lanun Champ And Chalet ni perlu melalui hutan dan jalan yang agak
mendebarkan. Kerajaan Johor harap tarlah segera jalan yang berlopak-lopak ni. Kalau lemah semangat memang patah balik jawabnya, sebab dari Endau Beach Resort tu jauh juga.

Anak GADIS pasti ngeri melalui tempat macam ni. Semasa aku lalu di sini
Aku terserempak dengan dua ekor Babi hutan. 

Kalau nak berjoging bagus juga kat sini


Tu dia!!!!! Dah sampai!!!

 Ramai orang kat sini rupa-rupanya!

 Boleh baring-baring sambil dengan lagu syahdu.....macam lagu Bila Bulan Bicara

 Cantikkan pemandangannya macam lukisan!

Aku hampir satu jam juga baring-baring dibuai yang bergoyang ni...

Di sini ombaknya best sikit dari semalam (pantai di depan Endau Beach Resort tu langsung tak ada ombak)  

(Ni anak Isa biras aku)
Ombaknya tak bahaya, dan aku boleh lelap tanpa jaga anak-anak

 Aliff Iskandar pun macam mandi kat besen je...


 Irfan asyik dengan memancingnya....ikan pulak masa kami ke sini macam dah kenyang





Dan Chalet yang ke empat......

COCONUT BEACH RESORT

Chalet di Coconut Beach Resort ni murah sekali...RM 60.00.
Kalau nak lari dari debu-debu kota...Lima hari baru RM 300.00. Tetapi tak ada ekonlah....!
Kerana ramai yg call saya, pada hal saya bukan taukey chalet ni

IDAMAN PERMAI RESORT *(dulunya COCONUT BEACH RESORT)
019-7754778



Kenangan yang paling indah....

KELEBIHAN PANTAI PENYABUNG
 Ada makanan yang unik...pulut bakar...murah

 Mak Cik ni bakar kuih secara tradisional lagi

 Mak Cik..Mak Cik...kenapalah kuih ni hangus....Kuih apa ni ek?

Nasi Lemak ni pun baru RM 1

 Aku beli nasi dagang ni...sebungkus baru RM 1.50

 Nasi dagang lauk sardin...lapar punya fasal, habislah aku makan
 ...aku tak pandai makan nasi ni

Di sini juga kita boleh ngeteh macam kat kampung sambil menikmati nyanyian merdu penyanyi karoke.
(Isa biras aku mengajak aku ngeteh jam 12.00 malam. Lokasi warung ini di depan Endau Beach Resort).


PESANAN AKU DI SINI:

Kalau nak mandi laut di sini, mandilah di Pantai yang letaknya di depan Pasir Lanun Camp And Chalet dan Coconut Beach Resort itu, kerana Pantainya lebih halus dan kurang berbatu.

Ramai yang datang ke sini cuma mandi sampai di depan Endau Beach Resort. Nanti kalian akan kata, Pantai Penyabung banyak batu-batu tajam. Memang betul! Sesiapa yang ada kencing manis bahaya mandi di situ. Mereka kenalah melepasi jalan yang berhutan dan akan jumpa pantai yang lebih mesra pengunjung.

Oklah Tuan-puan, begitulah promosi aku untuk bakal pengunjung Pantai Penyabung. Cuma aku harap  
Resort dan chalet serta pihak berkuasa di sini, tolonglah jaga kebersihan pantai ini...sayang sekali negeri Johor banyak mempunyai kawasan yang boleh menarik pelancong, malangnya kebersihan tidak dijaga....soryle atas teguran aku ini....