Rabu, 30 November 2011

SUNYI DAN BORING? BAGAIMANA MENGATASINYA?

Malik Indon bergambar dengan Angkasawan tersohor


Sudah lama benar tidak mendengar radio. Rasanya dah satu dekad. Dalam kereta pun lebih suka bersenyap-sunyi. Minggu ini sempat dengar Klasik Nasional, Sinar FM, Radio IKIM, dan malam ini mendengar celoteh Malik Indon, juruhebah Radio Malaysia Johor. Dulu rumah sewa aku di Nong Chik, kalau ada apa-apa program di situ, aku jalan kaki je ke situ. Paling top masa tu Ismail Ibrahim. 


Aku baru je dengar celoteh Malik Indon....Tajuknya ialah Bagaimana anda mengatasi masalah kesunyian? 


Seorang pemanggil lelaki menelefon MI.
"Kalau saya kesunyian, saya menampal steker pada moto ke, handphone ke..Atau dah tak tau buat apa lagi....saya lastik cicak"


Seorang pemanggil wanita pula berkata..
"Saya masuk bilik, tutup pintu...apa lagi...berkarokelah....sorang-sorang"


Seorang bekas tentera, Sarjan Hasan dari Felda Ulu Tebrau...
"Saya? Entahlah saya tak pernah rasa boring pulak...saya ada isteri, ada anak, ada kebun, kawan-kawan ajak minum-minum, tak sempat nak boring....Ini pun on the way balik dari makan-makan, anak saya belanja" 


Mamaina dari JB pula kata...
"Saya kalau boring, saya suka duduk berseorangan.....tak mau diganggu, hanphone pun saya simpan...Atau saya pandu keluar dari JB ke Highway sampai Machap, saya makan di RNR Machap dan balik ke JB semula....."


Aku tersenyum sendiri apabila dengar perbualan Malik Indon dengan pemanggil-pemanggil itu. Kadang-kadang aku pelik, mereka ni tak sayang duit bayar bil telefon panggil juruhebah radio tu. Mungkin semua tu untuk kepuasan mereka. 


Di Facebook pun ramai yang tulis status "Boring! Boring!"  .....Boringnyer....dan macam-macam lagi.....Marilah sama-sama berzikir, kerana Radio Ikim tadi ada meriwayatkan satu hadis yang menjelaskan bahawa perbandingan antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti antara orang yang hidup dengan orang yang telah mati. Jadi, kalian nak jadi orang yang hidup atau seperti orang yang telah mati sebelum waktunya? Ah sekadar mengingatkan diriku sendiri yang sering lupa....

Isnin, 28 November 2011

EKSPO AGRO DAN MAKANAN JOHOR 2011


 Buah-buahan tempatan yang tampak gebu

 Ubi kayu versi Ekspo

 Testimoni Baja Organik Terkini-Cili berbuah sangat lebat

 Kelapa Muda yang luar biasa

 Lembu yang terbesar dalam pameran ini...lupa pulak nak tanya nama dia...

En Fadil Senduduk Putih mesti suka burung macam ni

Anak itik terkedek-kedek....siapa kata nenek tak cantik...?


 Alat untuk menggoreng krepek dan sebagainya. Harganya RM 30 000.00!



Hari ini meluangkan masa selama dua jam di Ekspo Agro Dan Makanan Johor 11 di Air Hitam (Lebih kurang 8 batu dari Air Hitam jalan ke Kluang). 

Ahad, 27 November 2011

PETUA IKAN YANG DIGORENG TIDAK MELEKAT PADA KUALI


1. Supaya ikan yang digoreng tidak melekat pada kuali, masukkan dahulu seulas bawang putih. Biarkan 2-3 minit lebih kurang, barulah masukkan ikan yang hendak digoreng. Insya Allah, ikan yang anda goreng senang diterbalikkan. Ini petua saya dapat semasa duduk dengan kawan-kaawan bujang di Paloh, Kluang dulu.
2. Supaya ikan yang digoreng tidak melekat, belilah kuali yang berkualiti dan mahal, harga riban-riban . Garenti tidak melekat hehehe

3. Ini cadangan Mummy Gee, petua yang ketiga, beliau cadangkan kita, gantung saja kuali di dapur dan makanlah di restoran....hahahahaha!

4. Belilah ikan yang tidak mudah melekat. Elakkan beli ikan kerisi dan ikan yang perutnya sudah meletup. 

211.35 TAN EMAS VENEZUELA DIPINDAHKAN

 Emas dibawa dengan kereta perisai asalnya dari beberapa buah bank di Britain dan Eropah dan diterbangkan melalui Perancis, terus disimpan di Bank Pusat Caracas sebelum dipindahkan ke negara-negara sekutu.

 Apabila terlihat gambar ini, pemain-pemain Harimau Muda mahalnya seperti emas kerana turut dibawa dengan kereta perisai
Kawalan ketat pemindahan emas simpanan negara yang bernilai AS 11 billion bersamaan RM 35.1 billion

Pertama kali aku melihat bagaimana sebuah negara memindahkan emas jongkong sebanyak 211.35 tan dipindahkan daripada negara seteru, ke negara sekutu. Venezuela merupakan negara penyimpan emas ke 15 terbesar di dunia.


Mungkin Venezuela belajar dari sejarah, sebagai contoh Iran yang telah dibekukan aset mereka pada tahun 1979 setelah Revolusi Islam berjaya menumbangkan Shah Iran.


Venezuela di bawah pemerintahan Chavez memang sering berbalah dengan Amerika Syarikat dan negara-negara barat dalam soal ekonomi dan politik, termasuk terang-terang Chavez menyebelahi Iran dalam sengketa AS dengan Iran. Negara sekutu Venezuela ialah China, Brazil dan Rusia. 


Kita lihat pula di mana kedudukan negara Malaysia dalam simpanan emas? Tu dia...tempat yang ke 45 dengan 36.4 tan. Kalau dicampur dengan emas yang bergayut kat leher makcik-makcik kita mungkin ada 100 tan? Banyak negara jiran kita telah mengatasi kita nampaknya.






Sabtu, 26 November 2011

MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR


 Harga Semenanjung RM 30 (Termasuk Pos Laju)
Sabah/ Sarawak RM 35 (Termasuk Pos Laju)

Jumpa orang sana-sini, seorang telah meminta saya dapatkan produk Krim Rambut Anti Gugur. Beliau menunjukkan bekas krim rambut tersebut. Beliau membelinya dalam pameran MAHA, dan tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan krim tersebut. Kebaikannya katanya masalah keguguran rambutnya telah dapat diatasi, uban pun semakin berkurangan, dan rambut serta kepala rasa seperti sejuk dan berangin saja....


Saya pun teliti kandungannya. Memang benarlah katanya itu, sebab ia mengandungi rosemary, minyak kelapa dara dan enam herba yang lain! Saya sudah menempah produk ini dan akan memperkenalkannya kepada semua rakan-rakan saya yang mempunyai masalah rambut, stress, sakit kepala, sel rambut telah mati, rambut berkelemumur dan sesuai sangat untuk wanita bertudung.

Bagi anda yang jauh di sana, jika berminat, harganya ialah:

Harga Semenanjung      RM 25 + POS LAJU RM 5.00 = RM 30
Harga Sabah/Sarawak  RM 25 + POS LAJU RM 9.00 = RM 34



Cara bayaran:

CARA ORDER:

Bank In ke CIMB: no
7043 9284 74
MAT SOM/HAMIDAH
atau
Bank In ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 


MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera ke 010-3443 880
Kemudian nyatakan:

NAMA, ALAMAT PENUH, BANK IN DI BANK ..., TARIKH, JAM......
Segera SMS saya....agar produk dapat dihantar juga dengan segera

Jumaat, 25 November 2011

PANORAMA DESA

 Rumah Kenangan Isteriku
 Langit membiru mendamaikan jiwaku

 Ini pokok apa? Inilah Pokok Mahang
 Seronoknya...jagung dah nak berbuah
Kalau rajin, ramailah nak bantu. Projek koperat PPK Seri Medan. Contohilah Encik Lizah Bin Karim
yang mengusahakan tanah di bawah kabel TN ini.

Khamis, 24 November 2011

BERITA BURUK MENDOMINASI KITA

Tengok TV, penuh berita buruk. Bunuh, pelacur yang diberkas, kemalangan ngeri yang meragut nyawa saban hari, peperangan, mala petaka di sana-sini. Surat khabar pun begitu juga, kisah orang kena tipu, anak dara diperkosa lelaki tidak dikenali, warga emas dibunuh penagih dadah, anak dara lari dari rumah, dan bermacam-macam lagilah.


Kenapalah media kita tidak siarkan berita budak-budak kecil dah hafaz Quran, kisah orang dari kampung yang kini jadi jutawan, kisah ibu tunggal yang berjaya menyara tujuh orang anak, dan 1001 cerita dan kisah positif yang boleh dijadikan bahan berita. 


Kerana apa? Sebab orang memang suka berita macam tu. Juga hal filem. Filem berat tak laku. Yang laku filem hantu. Majalah berat juga kurang dapat sambutan. Majalah hiburan tetap laris sejak zaman pop yea yea. 


Pendek kata, semua itu merupakan bisnes. Kalau aku uploadkan gambar perempuan-perempuan seksi di sini, pastilah hit blog aku naik sedikit. Tetapi, apa yang akan aku dapat?  Bertolong-tolonglah kamu ke arah kebaikan, dan usahlah bantu-membantu dalam menyebarkan kemungkaran. 

KHAIRUL FAHMI CHE MAT-VROM....! VROM...!

Jika tak bermain bola, KFC bersantai.....

Entah kat mana kawan aku, Krol, dari Kelantan copy paste gambar ni. Pokoknya, aku suka gambar-gambar low profile macam ni.

Pagi tadi servis kereta sampai tengah hari. Ganti itu ini. Dah enam hari cuti, dan dan selama itulah aku belum berehat daripada bisnes Bio Asli. Jadi petang ni berehat-rehat, layan Facebook yang merapu, merepek, meraban tu. 

Sepanjang enam hari tu, macam-macam orang aku jumpa. Paling menarik minat aku semalam. Seorang isteri dalam lingkungan 54 tahun SMS aku beberapa hari itu, supaya aku datang ke rumahnya untuk membantunya hidup lebih ceria dengan suaminya yang sudah bersara sembilan tahun dulu.

Aku pun fahamlah akan maksudnya. Sampailah aku di sebuah kampung dekat-dekat bandar Muar yang indah itu. Mak datuk besarnya banglo. Aku ajak Cikgu Zailani, teman setia sepanjang zaman. Keluarlah pasangan suami isteri yang kelihatan elit. Rumah besar, namun sunyi sepi, kerana anak-anak telah bertebaran di Malaysia ini.

Mereka pasangan yang cukup terbuka. Tidak ada malu-malu untuk menjelaskan masalah mereka. Dan aku cuba jelaskan secara profesional, walaupun dalam hati malu nak berkata. Maklumlah produk Set Suami, dan Set Isteri. Ramai rupa-rupanya yang menghadapi masalah sakit Tuan, sakit Puan.

Ingat, aku bukan saja jual Set Suami, Set Isteri, ada juga Set Kesihatan, Set Kecantikan...Dan terakhir, sebelum balik ke rumah, jam 9.00 malam semalam, aku singgah di rumah seorang pelanggan tetap di Pt Mustaffa. Dia kata, ubannya semakin berkurangan semenjak menggunakan Tonik Rambut Bio Asli.    

Isnin, 21 November 2011

BARANG TERPAKAI DI PASAR BATU PAHAT

 Pasar lambak Jalan Ibrahim, dibuka setiap hari kecuali Khamis



Pasar ini ada bumbung...

 Barang-barang antik pun ada dijual

 Pasar Awam/Ikan Batu Pahat


 Di Pasar Awam ni ada juga orang menjual Kopi kisar




 Masih ada lagi servis beca di sini

 Jalan Idrus penuh dengan kedai bundle dan barang terpakai...unik jugalah




 Macam dalam cerita pulak...
Macam-macam orang cari makan untuk anak isteri

 Eh!!! Besan orang tua aku meniaga Nasi Lemak...laris sungguh, sampai tak sempat nak berbual dengan beliau...Pak Karsin bapak Azli.
Ada beberapa orang hamba Allah nak mencuba produk kelapa dara...so....pagi ini ada temu janji dengan orang-orang yang berlainan itu. Sementara menunggu masa yang dijanjikan, aku meronda-ronda dulu beberapa kawasan di bandar Batu Pahat tu. Lama betul aku tak ke pasar ikan dan pasar lambak di Penggaram tu......


Apabila dah penat, aku lepak semula di stesen bas. Apalah bau busuk, tengik ni? Rupa-rupanya beberapa orang Pakistan duduk di sebelah aku. Pelik sungguh, kenapa ketiak mereka ni berbau busuk? Semualah orang-orang Pakistan ke, Bangla ke...ketiak mereka sangat-sangat mengganggu suasana .....Jimat sangat duit sampai sayang nak beli deodorant yang cuma berharga RM 5.50 tu. Peliknya ada pulak anak dara dan mak dara yang tersangkut dengan mereka ni.

PETA PARIT SULONG


Tiada kerja, cari kerja....ha.....ni dia peta pertama aku....fasal aku punya scaner dah jem, terpaksalah aku lukis guna PAINT....habis kesenian, rosak. Tujuan aku siarkan peta ni, supaya kalian ada jalan alternatif kalau pekan Pt Sulong jem, terutama raya termasuk raya haji. Lalulah jalan potong depan Pt Gantong tu sambil menikmati pemandangan sungai dan perkampungan orang asli.....
PETA PARIT SULONG VERSI GOOGLE MAP
Kalian tengoklah rumah kalian di Pt Jambi, Pt Sentang, Pt Lapis Laman, Pt Laman....rumah tu nampak kecik benor....tak payahlah nak bangga-bangga....dari langit nampak macam tu je....termasuklah rumah yg bercakap ni...Tapi rumah aku tak nampaklah...kabur je, selamatlah aku dari peluru berpandu. En Bahreyn dan kaum kerabatnya, peluru Patriot nak dihalakan ke angka 24.....jalan Muar.