Rabu, 30 November 2011

SUNYI DAN BORING? BAGAIMANA MENGATASINYA?

Malik Indon bergambar dengan Angkasawan tersohor


Sudah lama benar tidak mendengar radio. Rasanya dah satu dekad. Dalam kereta pun lebih suka bersenyap-sunyi. Minggu ini sempat dengar Klasik Nasional, Sinar FM, Radio IKIM, dan malam ini mendengar celoteh Malik Indon, juruhebah Radio Malaysia Johor. Dulu rumah sewa aku di Nong Chik, kalau ada apa-apa program di situ, aku jalan kaki je ke situ. Paling top masa tu Ismail Ibrahim. 


Aku baru je dengar celoteh Malik Indon....Tajuknya ialah Bagaimana anda mengatasi masalah kesunyian? 


Seorang pemanggil lelaki menelefon MI.
"Kalau saya kesunyian, saya menampal steker pada moto ke, handphone ke..Atau dah tak tau buat apa lagi....saya lastik cicak"


Seorang pemanggil wanita pula berkata..
"Saya masuk bilik, tutup pintu...apa lagi...berkarokelah....sorang-sorang"


Seorang bekas tentera, Sarjan Hasan dari Felda Ulu Tebrau...
"Saya? Entahlah saya tak pernah rasa boring pulak...saya ada isteri, ada anak, ada kebun, kawan-kawan ajak minum-minum, tak sempat nak boring....Ini pun on the way balik dari makan-makan, anak saya belanja" 


Mamaina dari JB pula kata...
"Saya kalau boring, saya suka duduk berseorangan.....tak mau diganggu, hanphone pun saya simpan...Atau saya pandu keluar dari JB ke Highway sampai Machap, saya makan di RNR Machap dan balik ke JB semula....."


Aku tersenyum sendiri apabila dengar perbualan Malik Indon dengan pemanggil-pemanggil itu. Kadang-kadang aku pelik, mereka ni tak sayang duit bayar bil telefon panggil juruhebah radio tu. Mungkin semua tu untuk kepuasan mereka. 


Di Facebook pun ramai yang tulis status "Boring! Boring!"  .....Boringnyer....dan macam-macam lagi.....Marilah sama-sama berzikir, kerana Radio Ikim tadi ada meriwayatkan satu hadis yang menjelaskan bahawa perbandingan antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti antara orang yang hidup dengan orang yang telah mati. Jadi, kalian nak jadi orang yang hidup atau seperti orang yang telah mati sebelum waktunya? Ah sekadar mengingatkan diriku sendiri yang sering lupa....

2 ulasan:

aza ni berkata...

cikgu


bosan tu sebenarnya penyakit...kalau di layan sangat boleh bawa murung....apa yang pernah saya dengar...


kena buat sesuatu...

harap cikgu tak borin baca komen .....terus berblogging

Mat Som Sadona berkata...

eN aZANI

Tkasih beri komen
Oh...jadi boring tu semua menyebabkan iblis akan menggoda kita supaya kita buat perkara-perkara yg membuang masa kan?