Khamis, 1 Disember 2011

NOMBOR PERLU DIHUBUNGI APABILA BEKALAN ELEKTRIK TERGANGGU

Aku baru tanam pokok kedondong...nampak sihat...Kibaran bendera tu lambang aku sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. 

Pukul 8.00 - 10.00 pagi tadi mengajar kelas untuk tahun 1 yang belum pandai membaca. Kelas Linus.
Lepas tu belanja sikit dan balik rumah jam 12.15. Bekalan elektrik terputus sejak pukul 10.30 pagi. Aku call no 15454....AJAIB! Dalam masa lima minit dah sampai depan rumah aku. Operator TNB di KL tadi bagi tau akulah pemanggil pertama.


Ingat...anak-anakku...kalau karen mati jangan tunggu ayah...call no 15454...tapi jangan tergagap-gagap apabila memanggil mereka, kena jelas alamat rumah dan apa kerosakan....

Terima kasih bang....kerana telah memberi bantuan kecemasan.....! Separuh taman perumahan ini tak ada elektrik....Rupa-rupanya ada benda yang terbakar....agaknya ada monyet yang bergayut kat situ....

Tiada ulasan: