Selasa, 13 Disember 2011

13 DISEMBER HARI YANG INDAH

Setelah menanti masa berhari-hari untuk melihat penurunan harga emas di pasaran, akhirnya pagi ini tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Harga emas telah menurun ke US 1665 seaun, harga terendah dicatatkan sejak 24 Oktober 2011 yang lalu. Kalian harus tahu, semua syarikat pengedaran emas dan bank bersandarkan harga di Kitco itu.
 Pagi yang sesuai untuk melabur emas, sebelum naik semula
Harga emas dalam tempoh 60 hari- 24 Oktober 2011 harga dicatatkan ialah US 1655 seaun. Dan pagi ini harga emas ialah US 1665. Turun naik harga emas penting untuk pelabur. Masa harga rendah, sesuai untuk kita membeli, dan apabila naik, masa sesuailah untuk kita jual semula. Jangan terbeli masa harga mahallah, nanti lambat nak untungnya.Kalian boleh study dengan sifu-sifu emas dalam laman web yang demikian banyaknya di alam maya ini.

Untuk sahabatku dari Kedah tu, entah siapa namanya tu. Dengan ini, aku dapat melupakan syarikat HJ Mail yang semakin uzur dan lambat dalam membayar bonus online kepadaku. Tidak perlu lagi aku menjaja kopi RXXXX dari warung ke warung. Cukuplah 10 tahun aku menjadi hamba kapitalis. Namun minyak kelapa dara Bio Asli tetap aku sayang, kerana mereka begitu pantas dalam membayar bonus dan memberikan hadiah saban minggu kepada aku.


Nasihat kepada kalian, renung-renungkan carta ini.....milik jom-emas.blogspot 

14 ulasan:

wakgelas berkata...

waduh waduh kang wes suge yoooo.... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

aza ni berkata...

cilgu
betul,
formulanya beli masa murah, jual masa rendah.....

tapikadangkala yg kita sangka paling rendah ,esoknya lagi rendah, yg kita sangka paling tinggim esoknya lagi tinggi...

Mat Som Sadona berkata...

Wak Gelas
Saya nak kaya juga macam Wak
Nak juga jalan-jalan di Perh, Pergi haji Pakej, sarapan Mee Colek? KAT Kuching

Mat Som Sadona berkata...

En Azani, kita kena ada target, bepandukan analisis sendiri spt di atas. Jangan beli semasa harga tengah di atas spt KETIKA US 1800 ..alamt tunggu hujung tahun depan baru dapat untung. Itu pun tengok kedaaan ekonomi dunia. Harga tertingga setakat ini rasanya US 1890 pada Ogos yg lepas ni.

Tanpa Nama berkata...

1.hmmmmmmmm!!
2.jangan tidoq letak tangan atas dahi sudah mat som!
2.teringat mula-mula matsom bukan main marah sebab dok komen tentang hpa dulu!
3.kenai mail hpa luar dan dalam matsom!rasanya matsom 1000 kali jujur dari dia walaupun matsom tak pakai serban dan jubah!
4.lain syarikat mlm!malas nak komen sebab tak kenai luaq dan dalam tokey dia!

Unknown berkata...

harga emas akan sentiasa naik..kalau turun pun berapalah sgt!!

Mat Som Sadona berkata...

Oitt
Bangunan 60 juta diutamakan,
Para pengedar diPERKUDAKAN.

Mat Som Sadona berkata...

En Cool
Kata-katamu benar belaka.
Harga emas akan terus naik hingga akhir zaman

Mat Som Sadona berkata...

Saya ulang semula kepada para pelabur:

Jika kita pasti, harga yg kita beli pada tahap terendah misalnya anda nak tunggu harga US 1620 seaun silakan, tapi saya yakin harga US 1665 seaun hari ini sudah dikira selamat, Insya Allah anda akan dapat keuntungan sebulan, dua bulan lagi.

Emas bukan macam masuk saham BSKL, apabila turun, duit hilang lesap.

Jika kita beli 300 gram, ia tetap 300 gram. Kalau takut rugi jangan jual.

Oleh itu beli jangan semasa harga tinggi, misalnya semasa harga US 1890...terima ksih.

Tanpa Nama berkata...

FOREX pun dah diputuskan HARAM.

Cuba guna akal tu sikit...... Kita akan dapati EMAS (DLM PELABURAN UMAT MELAYU) tu pun sifatnya lebih kurang macam FOREX jugak bila di'pair'kan dengan turun naik duit kertas (USD).

Dalam masa yg sama, EMAS (DLM PELABURAN UMAT MELAYU) tu juga tak ubah seperti skim cepat kaya. Makin ramai orang join makin naiklah demand emas. Makin naik demand emas, makin naiklah harga. Supaya gold rush ini berterusan, kenalah promote kepada lebih ramai pelabur baru. Kenalah buat kelas dan kursus sana sini. Kenalah mengaku diri tu pakar emas, tokei emas, jutawan emas, doktor emas bla bla bla. Dalam kata lain, nikmat kenaikan harga emas oleh orang-orang lama yg sudah berada dalam sistem itu adalah kerana suntikan modal-modal baru daripada pelabur-pelabur baru (dalam bentuk pembelian emas).

Dalam kedua-dua keadaan di atas, keuntungan pelaburan EMAS itu mengandungi unsur-unsur RIBA, MAISIR (perjudian/spekulatif) dan GHARAR (ketidakpastian dan kekaburan).

Seruan kembali kepada EMAS yg Islam sebut-sebutkan itu adalah untuk dijadikan matawang dlm urusniaga. Bukan jadi simpanan pelaburan yg nak ambik profit drpd turun naik wang fiat.

December 13, 2011 1:34 PM

1.apa pandangan matsom atas kenyataan diatas!

Mat Som Sadona berkata...

Sdra, harga emas bukan ditentukan oleh ramai pelabur Melayu, kalau 28 juta org Malaysia beli emas pun, tidak akan mempengaruhi harga emas dunia.

Sdra pergilah ke Kuwait Finance House, taraf halal mereka bertaraf internasional bukan spt yg sdra katakan. Bank Islam sendiri belum bertaraf halal internasional.

Apb sdra berkata demikian, sdra ni sebenarnya tak mahir dlm pasaran emas ni. Hentikanlah daripada menegakkan sesuatu yg sdra tak mengetahuinya secara mendalam.

Mat Som Sadona berkata...

Jika sdra kata jual beli emas tu haram maka sdra telah mengharamkan semua urusan pelaburan emas termasuk Dinar Kelantan. Pelaburan itu dipersetujui oleh para ulama di Kelantan termasuk olah Menteri Besar sendiri. Mereka semua merupakan org-orang yang tinggi ilmu agamanya.

Tanpa Nama berkata...

1.mat som yang atas komen saya tu bukan pandangan saya!pandangan yang dicopy dari entry sebuah blogg!
2.terpulang lah pada mat som nak bagi pendapat yang macam mana!
3.ikut laporan dari masa-kesemasa!diadapai ramai dah tertipu dengan pelaburan emas ni!
4.pada mat som!berhati dengan pelaburan emas ni!kalau tidak!tidoq tak lena nanti nooo!!

Mat Som Sadona berkata...

Pelaburan emas akan jd waswas apabila
Emas fizikal tidak dijual oleh satu2 bank itu, mereka cuma jual akad sahaja. Jadi emas FIZIKAL ITU MESTI ADA.

Satu lagi katakan bank itu cuma ada 1 kg emas pada hari itu, Ahmad datang beli 1 kg, maka bank tak boleh jual hari itu kepada ABU 1KG, AMING 1 KG LAGI SEBAB STOK EMAS DIA CUMA 1 KG. Kalau jual juga haram.Maknanya dia jual benda yg tak ada.

Jadi KUWAIT FINANCE HOUSE dan Bank2 yg menjual emas fizikal, ia tidak haram.

Memang ada syarikat yg memanipulasi orang ramai spt yg sdra katakan itu, sebagai contoh Etika Emas. Yg kini telah mengubah namanya ...Jadi kita kenalah bijak memilih syarikat yang memenuhi piawaian syariah, jika boleh bertaraf internasional.

Kesimpulannya ada bank yg menjual pelaburan emas, tetapi emas fizikalnya tiada, maka ia mengandungi unsur yg meragukan, dan tak payahlah kita melaburdi sana.