Khamis, 29 Disember 2011

REZEKI BUKAN DALAM BENTUK DUIT SAHAJA

"Saya nak ingatkan Mat Som, jangan kejar pangkat. Saya tak suka pangkat kalau akhirnya kita kehilangan sahabat dengan sikap kita dan tugas kita. Rezeki itu bukan semuanya dalam bentuk duit. Rezeki ada kalanya datang dalam bentuk keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan."



Begitulah pesan seorang sahabat (melalui inbox facebooknya kepada aku pagi ini )yang kini mengajar di sebuah sekolah tersohor di Malaysia ini. Sekolahnya telah tersenarai dalam top 10 SBP dalam keputusan PMR baru-baru ini.


Bait-bait ayat itu sungguh bermakna buat aku. Kehilangan sahabat kerana sikap kita...Oh tidak...duit senang dicari, sahabat yang baik, bukanlah mudah untuk dicari... 


Kalian yang membaca entri blogku secara senyap atau secara terang-terang merupakan sahabat sejati aku. Terima kasih kerana tetap sudi ke sini, walaupun kadangkala aku hanya beromong kosong.

14 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Kebahagiaan rumahtangga itulah rezeki dari Allah yg tidak ternilai.

wakgelas berkata...

wak pon selalu sukak ngomong2 kosong jugakkk... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

Kayu Manis berkata...

ngomong aje..

Mama Janet berkata...

Lg suka bc blok beromong kosong drp bc blok2 politik.

Mama Miraki berkata...

ehhhh kita ni termasuk sahabat MS lah ye..sebab selalu masuk blog sini baca n3 terbaru....hehehhe

che mid berkata...

Omong kosong pada orang ini, mungkin berisi buat yang lain.. teruskan selagi tidak bercanggah syariat..Insyaallah berkat..

mak encik | SZ berkata...

saya suka baca pesanan kawan cikgu MS tu...

InsyaAllah, sepahaman la kita...

Mat Som Sadona berkata...

SAM,
Jika suami isteri itu masih boleh bergurau dan selalu makan angin, itu pun sebahagian drp rezeki, kerana ada pasangan yang duduk rumah setahun lamanya, tetapi tidak berkata-kata.

Mat Som Sadona berkata...

Wak Gelas
Wak Gelas ni boleh bercakap macam2 versilah
Ana sangat terpegunlah sama ente Wak.

Mat Som Sadona berkata...

Cinnamon
Ongomong-ngomong air kopinya mana?

Mat Som Sadona berkata...

Mama Jnaet
Blog Politik kita tempat orang menjerit, bergaduh, memaki hamun sesama umat. Kebanyakannya sudah tidak boleh bercakap dgn sopan.

Mat Som Sadona berkata...

Ya Mama Miraki merupakan antara temen-temen MS di alam maya siber ini.

Mat Som Sadona berkata...

Pandangan Che Mid tu sangat bagus, jangan sesekali memberi pandangan yg melanggar akidah, kelak kita dimurkai Allah ..

Mat Som Sadona berkata...

Mak Encik, ikut resmi padi, semakin tunduk, semakin berisi, begitulah hendaknya kita semua ini.