Sabtu, 10 Disember 2011

ISLAM ITU INDAH-PROF DR MUHAYA

Pagi ini saya sempat mendengar Radio Ikim, rancangan Islam Itu Indah, di mana Prof Dr Muhaya menjawab semua masalah kehidupan pendengar. Tiga sahaja masalah yang terpilih yang dapat saya ceritakan di sini.


* Seorang lelaki mengajukan soalan
  "Saya ni seorang suami yang biasa, tetapi solat tak tinggallah, masalah saya ni Prof, isteri saya ni degil, dia solat selalu tinggal, terutama sembahyang Isyak dan Subuh, nak kata bangun malam solat, tak adalah sebab sejadah tu tak beralih dari tempatnya. Jadi Prof, apa perlu saya buat, bolehkah saya paksa dia?"


Jawapan Prof Muhaya
    "Sdra....sdra pernah puji dia tak? "
    "Er.....tu kelemahan saya, saya susah nak memberi pujian....."
    "Jadi mulai hari ini, Sdra kena puji apa-apa kebaikan yang isteri lakukan.."


* Seorang wanita muda, umur 30-an mengajukan soalan
   "Prof....Saya seorang isteri yang bekerja, anak dua orang...masalah saya, saya sudah tidak berminat berhubungan intim dengan suami, suami..saya tu kata dia kalau boleh hari-hari....tak taulah kenapa, dulu masa muda kami pernah melakukan dosa besar, jadi adakah yang berlaku kepada saya ni merupakan kesan-kesannya?"


Jawapan Prof
   "Puan, masalah lampau usah dikenang, beginilah, sekarang ni banyak ubat-ubat, yang moden ada, tradisional pun ada. Bayangkanlah setiap kali bersama suami, itulah hari terakhir bersama dengannya..."


* Seorang wanita menelefon
   "Prof, sejak cuti ni anak saya sentiasa main game PS2 dan komputer saja, bagaimana perlu saya lakukan...?"


Jawapan Prof
   "Puan, anak-anak tu tidak ada matlamat, oleh itu Puan kena buat, programkan sesuatu untuk mereka, soal rohaninya, jasmaninya, kewangan dan sebagainya. Kena tulis dalam satu kertas.....ibu bapa kena buat diari yang dirancang, yang harus dilalui oleh anak-anak. Jika tidak ada, mereka akan melakukan aktiviti yang terfikir oleh mereka..."


Gaya bahasa tidak sama 100% dengan Prof, tetapi isi-isi pentingnya lebih kurang begitu. Mana sempat nak salin semua butir perkataan yang diucapkan oleh beliau.

2 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

saya suka tengok gaya penyampaian prof muhaya di rancangan ustazah pilihan...soft spoken ....

Mat Som Sadona berkata...

SZ
Kita kena perbanyakkan tokoh-tokoh pendakwah spt ini memandangkan masyarakat kita ramai yg masih dlm kegelapan.