1. Kes mati lemas di Desaru
2. Kes mati lemas di Tanjung Balau
Di tepian Pantai Kg Sungai Tuang, Melaka
Sebagai ibu bapa, kita harus peka semasa memilih pantai yang selamat untuk anak-anak berkelah. Sebagai contoh, saya cadangkan Pantai Penyabung, Endau Mersing, Pantai Pangkalan Balak dan juga Pantai Port Dickson. Pantai Air Papan Mersing juga telah banyak mengorbankan nyawa. Seorang rakan saya telah menjadi mangsa pantai tersebut dan seorang rakan MPTI saya nyaris-nyaris maut semasa berkelah di situ pada tahun 1985.
Setiap kali cuti sekolah dan cuti hujung minggu kita akan mendengar berita-berita sedih seperti itu. Apa lagi pantai timur, dimana ombak Laut China Selatan memang cukup menggerunkan, hempasannya.
Soalnya, pihak pengurusan pantai telah menyediakan pasukan penyelamat. Adakah mereka tidak bertugas dengan sempurna ketika itu atau pengunjung memang degil, mandi juga di tempat-tempat yang beri papan tanda amaran? Sebab itulah sekarang guru-guru sudah tidak dibenarkan membawa rombongan pelajar mandi di laut seperti tahun-tahun 1980-an dahulu.
Jika anak merengek juga hendak mandi laut, elok kita bawa mereka ke taman tema air sahaja. Mandilah di pantai tiruan. Itu pun kita kena awasi sepanjang masa.
10 ulasan:
Takziah kepada makcik tu... kehilangan 2 anak sekaligus. Kitorang kalau gi Desaru mmg tak mandi pantai.. mandi kt swimming pool je selalunya. Gi pantai just utk main pasir.
Sam, kalian ibu bapa yang prihatin, bagaimana pun ramai yang bersikap acuh tak acuh terhadap keselamatn anak-anak mereka.
wak pon baru balik dari tanjung balau jugakkk...,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
Wak Gelas mesti pandai berenang ek?
Saya sendiri pernah 'menyelamatkan' seorang kanak2 yg tenggelam timbul di Pantai Tanjung Balau walaupun diri sendiri tak berapa pandai berenang!
Ibubapanya ada berhampiran kawasan itu, tapi tak menyedari keadaan anaknya, boleh...
cikgu
musin hujan hujan ni, kena hati hati,,sungai, pantai pun bahaya...
saya setuju cakap cikgu,
Mie
Alhamdulillah, dah jadi hero penyelamat.
Lain kali bawak tali besar2 untuk tarik orang yang nak lemas
Hujan ni En Azani
Elok melingkar tidur ambil makan-makan biskut, ubi rebus, kacang goreng.
Eksiden pun banyak, jalan licin dan gelap, pemandangan tidak jelas.
Kesian kan 4 org amoi yg terkorban di JB semalam.
dah ramai jadi mangsa.. mmg bahaya.. nampai landai. tapi berlaur..
Ahowk orang Islam
Biasanya yg jadi mangsa, yg pertama kali ke situ
Mereka terlalu gembira dan tidak tahu
bahaya yg sedang menanti
Catat Ulasan