Selasa, 27 Disember 2011

SETELAH BERCUTI SEKIAN LAMA

Setelah bercuti sekian lama, akhirnya pagi ini akan bermula kembali kerja aku sebagai seorang guru. 27 Disember 2011, mesyuarat pertama akan diadakan pagi ini, dan kedatangan adalah wajib. Agendanya sama sejak mula aku terlibat dengan profesyen ini pada tahun 1988, iaitu mendengar amanat dan taklimat oleh pentadbir. Tahun 2012, ialah tahun yang ke 24 aku bekerja sebagai pendidik. 


Guru besar akan menyampaikan pesanan-pesanan, amanat daripada pengarah pelajaran negeri, dan PPD. Tentang perkembangan KSSR, dan dasar-dasar baru kementerian pelajaran. Selain itu,pembahagian tugas setiap guru, dan agihan guru kelas. Yang tidak menjadi guru kelas biasanya  ada tugas-tugas khas yang lebih berat.


Satu perkara paling penting kali ini ialah taklimat tentang SBPA. Mungkin semuanya akan bersetuju untuk bersama-sama SBPA dan melupai SSM. Mungkin juga ada yang telah membuat keputusan untuk bersara pada umur 60 tahun. Aku tetap pilih pencen 56lah.


Tahun 2012, guru tidak lagi memungut yuran khas, namun masih menguruskan yuran untuk buku, peralatan sekolah dan yuran PIBG. 


Mesyuarat akan berlanjutan ke hari esok, dengan mesyuarat panitia, iaitu bahagian mata pelajaran teras, dan mata pelajaran lain. Program-program yang perlu dijalankan pada tahun 2012, agar mencapai keputusan yang lebih baik berbanding tahun 2011.


Program transisi untuk pelajar-pelajar baru tahun 1 juga akan diadakan bagi menyambut mereka ke gerbang persekolahan. 


Guru-guru kelas juga akan membersihkan dan ada yang mengecat dan menghias kelas agar kelas tampak ceria dan memberi semangat kepada pelajar yang sudah lemau dek cuti yang panjang ini.  


Dan persekolahan akan bermula pada 4 Januari....Namun, ada satu yang menghantui kami, paras air yang tinggi di sungai Simpang Kiri, merisaukan kami, adakah persekolahan 2012 kali ini akan disambut dengan banjir yang sememangnya sinonim dengan kawasan Seri Pasir ini? 


Itu sahajalah yang dapat aku ceritakan kali ini, cerita yang tiada kaitan dengan kalian, tetapi terpaksa aku ceritakan, kerana tidak ada perkara lain yang dapat aku kongsikan kepada kalian kali ini.

6 ulasan:

Mama Janet berkata...

Selamat kembli menjalankan tugas...

wakgelas berkata...

salam kang, jangan terkena banjir termenung sudahh yeee...,,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih Mama Janet
Tadi..diberi pilihan nak bersara umur berapa?
Ramai yg nak bersara umur 60.
Fantastik!
Saya tetap dgn keputusan saya spt dlm entri itu.

Mat Som Sadona berkata...

Insya Allah semoga tak banjir, kesian kan org2 kampung tu..nak kerja pun kebun banjir. Lepas banjir, kebun pula rosak.

wakgelas berkata...

kang matsom, bagi alamat nak kirim ole2 siam niii.. hiks

wakgelas@yahoo.com

Mat Som Sadona berkata...

Eh eh, kesiannya wak, saya gurau2 je dapat ole2, alhamdulillah. Nanti saya emelkan ok..kejap. Bagus betul kawan2 aku ni kan. Suka bagi ole2. Hari tu Mak Encik dari Bali, ni pulak dari, negara gajah.