Ahad, 18 Disember 2011

HATI-HATI, MUBALIGH KRISTIAN SEMAKIN LICIK

Mereka mempunyai dana yang besar. Mereka sentiasa merancang untuk memesongkan kita. Malah mereka sanggup menyamar dengan Berjubah dan bersolat Zuhur di mesjid dan surau untuk mencari orang yang serba jahil dan lemah akidahnya.


Mengikut Dr Hassan Ali, sasaran mereka ialah:
  • Orang Islam yang MISKIN
  • Kurang pengetahuan agama
  • Mempunyai pegangan akidah yang lemah
  • Orang yang menanggung hutang
  • Mempunyai masalah rumahtangga yang kucar-kacir
  • Mempunyai masalah selepas bercerai
  • Golongan berfikiran liberal
  • Golongan yang tidak mengamalkan cara hidup Islam
Untuk melihat lebih detail baca link merah di atas.


Lalu saya teringat, pada tahun 1987, salah seorang pensyarah perempuan saya bercerita (maktab). Ketika dia cedera parah, dan terlantar di sebuah hospital di selatan tanah air (Suami beliau terkorban dalam kemalangan itu). Satu hari beliau didatangi seorang mubaligh perempuan. Memang cukup halus, baik, berhemah, bertanya khabar dan masalah, namun pada akhirnya beliau banyak bercerita tentang kebenaran agama mereka. 


Ketika itu dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hendak membuka mulut pun tidak terdaya kerana kecederaan itu terlalu serius. Beliau begitu marah, kerana pada saat-saat kritikal, sedih, begitu mereka datang mengambil peluang untuk menyesatkannya.


Maksudnya di sini, mereka demikian prihatin mendekati orang-orang yang seperti dalam kesusahan, kesempitan hidup tidak kira di hospital, stesen bas, dan kenyataan Dr Hasan Ali, mereka sudah menyelinap dalam mesjid kita pula. Mengapa kita masih leka dan sibuk dengan kehidupan kita yang tiada sudahnya ini? Sedangkan umat dalam bahaya. Ia mungkin terjadi kepada saudara mara kita, kerabat kita, anak-anak kita...Nauzubillah!!!  

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.bila melayu islam telah "kalah"dalam politik!ginilah jadinya mat som!
2.yang dihuraikan tu cuma fakta sampingan jee!

Mat Som Sadona berkata...

Oitt!
Yg peliknya apabila Dr Hassan Ali lantang dlm bab ini (dan dlm pkara2 lain) menyebabkan rakan2nya tidak senang hati dan ada ura2 menyingkirkannya dari PAS.

Begitu juga Zulkifli Nordin yg lantang dlm isu murtad dan kalimah Allah, disingkirkan oleh Anwar.

Utk menjaga hati rakan2 sepakatan, mereka sanggup mengorbankan mutiara2 hebat spt itu.

Pertelingkahan UMNO-PAS-KEADILAN hanya merosakkan umat!

Tanpa Nama berkata...

1.saya pun tak ambil bab tentang politik di malaysia ni matsom!cuma sekarang orang melayu islam dah "kalah" dari segi politik!dulu kita dah lama tewas dari segi ekonomi!tak jadi hal sangat!tapi bila kalah dari segi poltik!kita akan tewas segalanya termasuk dalam bab murtad ni!
2.susahlah nak tenguk ahli politik yang benar-benar jujur matsom!baik dalam umno atau pas atau pkr!sebabtu orang tua dulu-dulu dah pesan!orang jujur tiada tempat dalam politik dimalaysia!
3.situasi politik malaysia sekarang membuktikan kata-kata orang tua-tua dulu adalah benar!
4.zaman Rasulullah dulu baginda berperang pada golongan kafir dan puak yang murtad!dimalaysia sekarang dah terbalik!kita ampu!kita jaga hati puak pemurtad anak-anak muda melayu islam!
5.salah kita sendiri!berpecah sesama sendiri!orang lan dah naik kepala dan dok murtadkan anak-anak muda islam!
6.rasanya harun din,hassan ali,noh gadut,harussani kena mainkan peranan yang besar untuk perbaiki kesilapan orang melayu islam dimalaysia!!