Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Aliff Iskandar, Arina bersama-sama sepupunya di rumah neneknya

Selamat Tahun Baru 2012, dan 2011 akan tersimpan sebagai artifak kenangan. Semangat untuk terus hidup haruslah ditingkatkan bagi menghadapi hari-hari mendatang. Ramai di luar sana telah tewas dengan situasi sekarang, dalam kos hidup yang semakin tinggi, segala-galanya memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan kesederhanaan.


Apabila bertemu teman yang hebat dan berjaya dalam hidup, memang terasa dunia ini indah. Sebaliknya apabila bersua dengan rakan-rakan yang bekerja biasa-biasa, siang dan malam membanting tulang, mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak, menggambarkan betapa susahnya untuk survival kehidupan mereka dalam zaman edan ini.


Satu hari aku terpandang seorang tua yang membawa beca di bandar Batu Pahat, hatiku jadi sayu, kerana pada awal malam begitu lelaki tua itu masih mencari pelanggan. Wajahnya nampak muram, dan perlukan pembelaan. Jua aku pernah terpandang seorang wanita mengumpulkan kotak, dari keliling tong-tong sampah dengan basikalnya. Jua, seorang perempuan yang menjual kuih, termenung, kerana hujan tidak berhenti-henti. Dan banyak lagi contoh...


Bersyukurlah, kita telah diberi kesenangan, makan minum serba cukup. Kita masih lagi boleh menjamu anak kita di restoran makanan segera,menginap dan  bersarapan di hotel, melancong ke sana-sini, kerana di luar sana ramai lagi insan-insan yang hanya berlaukkan kicap untuk meneruskan kehidupan ini.


Jika semua senang, tidak adalah rancangan BERSAMAMU TV3, tidak adalah isu orang kita menerima bantuan gereja, pergilah ke ceruk kampung, kawasan setinggan. Duit RM 100 yang kerajaan beri itu pun sebahagiannya mereka belikan beras dan bukannya untuk membeli buku anak-anak mereka, bayangkanlah...! 



Akhir kata, SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA SAHABAT... semoga 2012 mencapai tingkat yang lebih baik dalam iman dan kehidupan keseluruhannya.

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Baru aku terperasan.. Aliff seiras dgn Danish la.. sangka tadi superimpose tau!

Klu jumpa Pakcik bawak beca, mmg hati kita sedih..

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Kita tidak boleh selalu melihat ke atas ( melihat kejayaan dan kemewahan orang lain ) kerana mungkin kita akan "kesandung". Memang betul bila kita melihat ke bawah, bertapa bersyukurnya kita biar pun hidup tidak lah kaya tapi agak selesa.

Mat Som Sadona berkata...

Sudah namanya sepupu, adalah iras sana, iras sini

Mat Som Sadona berkata...

WKL
Alhamdulillah
Jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki kita

mak encik | SZ berkata...

Semoga Allah memberkati hidup kita semua ye cikgu MS ...

bila kita pandang "lebih" orang mmg terasa "tak cukup2" ...tp bila kita pandang "kurang" orang barulah terasa nikmat hidup bersyukur kan...

Mat Som Sadona berkata...

Mak Encik/SZ
SEMOGA 2012 LEBIH BAIK DRP 2011
Untuk kita semua

IMANSHAH berkata...

semoga beroleh kejayaan cemerlang di tahun 2012

Mat Som Sadona berkata...

Insya Allah Imanshah