Ahad, 1 Januari 2012

SUSAHNYA NAK PINDAH SEKOLAH

Tetamu dari Pasir Puteh Kelantan, sahabat lama, Kashfi dan famili





Untuk proses perpindahan sekolah Irfan, telah memakan masa hampir seminggu:


1. Pada awal cuti 18 November, saya telah menemui pengetua sekolah swasta tersebut, namun beliau telah bercakap panjang tentang keburukan dan kebaikan memindahkan anak. Oleh sebab saya segan, saya pun balik ke rumah.


2. 20 Disember sekali lagi saya ke sekolah itu, saya mengisi borang sebanyak empat helai. Borang itu saya tinggalkan di pejabat. Kerani sekolah suruh saya datang semula 27 Disember, kerana pengetua akan tandatangan pada tarikh tersebut.


3. 27 Disember saya pergi semula ke sekolah dan mengambil borang yang telah ditandatangani pengetua. Kerani sekolah mengatakan banyak lagi maklumat dan bahan tidak dapat dikumpulkan seperti buku kokurikulum, kad kesihatan dan sebagainya. Guru-guru masih bercuti dan sukar untuk menghubungi mereka kerana telah bertebaran di seluruh Malaysia.


4. 28 Disember, saya berangkat ke Pejabat Pelajaran Johor, di Johor Bahru, dan permohonan diluluskan.


5. 29 Disember, saya ke Pejabat Pelajaran Daerah, Batu Pahat. Ramai berada di kauter pejabat itu, kebanyakannya urusan pindah sekolah. Permohonan ke SMKDS telah diterima.


5. 30 Disember (pagi) berjumpa HEM SMKDS memaklumkan sahaja yang anak saya Irfan akan masuk ke sekolah itu. HEM menyuruh saya datang pada 2 Januari 2012 untuk didaftarkan kepada Penyelia Petang.


5. 30 Disember (petang), saya ke sekolah lama Irfan, dapat mengumpulkan lima bahan termasuk markah-markah kerja kursus. Namun ada lagi 4-5 bahan yang belum mencukupi, aduiii. Cikgu-cikgu masih ada yang bercuti lagi. Nampaknya saya kena datang lagi ke sini.


6. 2 Januari...Irfan akan didaftarkan oleh ibunya kerana saya sendiri akan menerima kedatangan ibu bapa di sekolah saya bertugas untuk membeli buku dan sebagainya.


Semasa di PPD, Batu Pahat, saya bertemu dengan seorang bapa yang juga memindahkan anaknya daripada sekolah wxyz ke sekolah biasa....
"Susahnya prosedur memindahkan anak, rasa macam nak berhentikan dia sekolah aje...!"


Saya kata "Jangan bang, zaman sekarang, orang nak menerima menantu pun tanya sekolah sampai mana? Kalau setakat sekolah rendah je, susah nak dapat jodoh nanti".



15 ulasan:

Hafiz Hamdi berkata...

xpayah pindah

Mat Som Sadona berkata...

Ada beberapa masalah yg tak dapat disebutkan di sini Ustaz.

NoorGie berkata...

biasalah MSOM..bukan sennag nak besarkan anak2 ni..anggaplah ia sebagai 1 pengalaman berharga yang tak dapat dicari dimana2.... (^_^). semoga segala kekusutan dapat dileraikan...amin!!

Mat Som Sadona berkata...

Betul tu cikgu Norgie
Masa kecil masalah macam ni
Dah dewasa nanti masalah2 lain pula
Itulah realiti kehidupan kita.

meowwmania berkata...

bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ;)

slmt tahun baru!!

Mat Som Sadona berkata...

Meowwmania
Saya kalau boleh senang-senang dulu
Bertambah senang-senang kemudian

Kayu Manis berkata...

betul,mmg meletihkan,saya juga ada pengalaman begitu..dah selesai semuanya lega..lapang dada..ke hulur hilir juga la..

bila besar nnti lain pula kisahnya..

Mat Som Sadona berkata...

Jadi Cinnamon
Sebelum kita menetapkan sekolah anak,
kita mesti tahu secara terperinci akan sesuatu sekolah itu, supaya tidak lagi berpindah, dan bertukar sekolah lain pula, kerana ia memerlukan kesabaran yg tinggi.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Walaupun skrg ni nampak ianya "pahit", tapi berpindah randah sekolah ni byk fadilatnya kpd murid bila mereka dah tua.

Merujuk pengalaman sendiri (nama2 sekolah dirahsiakan ye), aku rasa bersyukur pulak berpindah randah byk sekolah masa kecik2 dulu, kengkawan meluas 1 donia, pakwe pun ramai.. kekekekeke...

Mat Som Sadona berkata...

SEJARAH PERPINDAHAN KAU TU MEMANG MEMENINGKAN AKU APABILA, PERMOHONAN TU DITOLAK OLEH SEKOLAH ASAL,(disebabkan mereka sayang kau banget) sebab tulah perpindahan ko ke sekolah terakhir itu terpaksa aku lakukan.

Ia sebenarnya satu takdir.

mak encik | SZ berkata...

saya harap cikgu MS nnt ada tulis ttg kebarangkalian masalah2 yang boleh menyebabkan anak2 ni berpindah sekolah ye... mungkin dari segi fasiliti sekolah ke, silibus nya ke...

Mat Som Sadona berkata...

Mak Encik
Berat sikit tajuknya tu


FASILITI sudah tentu.
Silibus ya betul.
PERSEKITARAN yg tidak enarik, hambar.

Di sekolah SBP sendiri pun ada muridnya yg merayu-rayu nak pindah

SAM, adik sya di atas tu, dari sekolah terpilih, sanggup pindah ke sekolah persendirian yg serba kekurangan. Kan aneh kan tu?

Unknown berkata...

mcm mana kalau sy(tingkatan 5) dpd sekolah sbp mahu ke smk?adakah prosesnya sama sahaja?berapa lamakah tempoh utk berpindah?

Mat Som Sadona berkata...

Urusan tu agak sukar. Ibu bapa anda perlu ke pejabat sekolah SBP tu dan berurusan dgn pegawai sana. Ikut saja langkah seterusnya.

Tetapi belum dijamin permohonan itu siterima.

Beribu2 org menangis tak dpt masuk SBP,anda nk keluar pula. Fikirlah...dn jgn menyesal pd kemudian hari.

Jika tak sanggup berkorban, USAH BICARA SOAL KEJAYAAN!

Unknown berkata...

sy x mampu da nk belajar bahasa arab..selalu gagal..subjek lain pun terjejas sbb sy cuma fokus pd bahasa arab.sy juga ada masalah dgn guru yg mengajar di sbp ini.sy seringkali dihina,dicaci,ditengking,dan dicubit sehingga lebam di dlm kelasnya.cara pembelajaran di sbp juga terlalu laju sehinggakan sy x mampu untuk ikut..menurut kwn sy yg da berpindah ke smk,pembelajaran di smk lebih efektif dan sesuai untuk plajar seperti kami.jarak sekolah smk itu juga tidak jauh dgn rumah berbanding sbp tersebut..jadi sy berhasrat untuk berpindah ke sekolah lain untuk memulakan semangat yg baru untuk belajar..di sbp ini,,nama sy turut menjadi buah mulut guru2 kerana sy merupakan pelajar yg lemah..sy sudah tidak sanggup berada di sekolah sbp kerana maruah sy seperti sudah tiada.kawan2 sy juga ramai yg tidak mengendahkan sy ketika di sekolah....