RENCANA OLEH DATUK DR HARUN DIN-harakahdialy.my
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), “Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan ‘istihwaaz’, maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A’raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia ‘annazghu’ atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan ‘annasad’ dalam ayat ini yang mafhumnya, “Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, ‘sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan ‘nusghin wa azab’.” Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa’li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit ‘lammam’ (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.
18 ulasan:
info berguna....
Norgie
Semoga kita dapat menewaskan Syaitan dan kuncu-kuncunya
bahaya la.........
LYNDA
Kita bina benteng yg kukuh agar tidak ditipu mereka
terima kasih kerana berkongsi ya ~
Sama-sama Manje
Tkasih Kerana sudi ziarah ke sini
dan komen mengkomen
syaitan ni, takkan lepaskan walau seinci pun manusiakan?
Yatie,
Sekarang syaitan amat berbangga kerana telah menyesatkan sebahagian besar manusia ke kembah yang hina.
semoga kita terpelihara drp tipu daya syaitan..:)
Ungu Violet
Amin Ya Robbal Alamin
Begitulah hendaknya
1.sekarang syaitan dan hantu pun dah lari ke hutan!sebab perangai manusia pun dah mengalahkan syaitan!
2.apa puncanya!!!!!!!!!
1.wahhh!!hampir terlupa!!tanpa Nama dah boleh bagi komen kat blogg ni!!ingatkan masuk blogg lain tadi!
2.thanks mat som!!
Jika anda mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat, blog akan dikawal ketat.
1.lupa pulak nak bagi tau mat som!tentang anak mat som yang gagal ke sbp tu!!dah buat rayuan kebelum!!kalau dah buat rayuan,print dan bawa salinan rayuan tu ke sbp yang dipilih!
2.Insya-Allah selalunya anak-anak cikgu akan diberi keutamaan oleh pengetua sbp!sebenarnya mulai 2012,pengetua sbp diberi kuasa untuk memilih pelajar !!
1.bukan soal ego atau mengemis!memang untuk kemasukkan kesbp,mulai tahun 2012,pengetua diberi kuasa untuk memilih pelajar!
2.untuk kenaikkan anak!apa salahnya kita buag sikit ego kita!anak saya yang bungsu dulu pun tak dapat tawaran semasa tingkatan 1 dulu!bila buat rayuan,pergi jumpa sendiri pengetua sbp,syukur Alhamdullilah,dapat,seumur dengan anak sulong matsom-ting 4 sekarang!
3.Bukan apa!kalau anak matsom berminat kesbp,buatla rayuan,terus jumpa pengetua sbp..contohnya smsains yang berdekatan dengan batu pahat!
4.Apa pun bergantung pada matsomla!saya beri cadangan saja!!
Orang semua gunakan kabel segala, dan siapalah aku. Aku hanya serangga. Anak aku akan berjuang di sekolah kampung ini dengan penuh dedikasi.
Tidak, aku tidak akan merayu.
1.bukan kabel la matsom!memang syaratnya begitu!yang guna kabel selalunya tak cukup syarat kemasukan!anak matsom kan dapat 8A!anak seorang guru pulak!untuk kemasukan kedua ni selalunya diberi keutamaan pada anak-anak guru!
2.Matsom tenguk mrsm!ada mrsm tentera,polis,peneroka!yang anak cikgu ni tak dak keistimewaan langsung!sebab tu bila untuk panggilan kedua,anak guru akan diberi peluang!
3.Takpala noo!terpulang pada ayah dia la!!mana-mana sekolah pun ok!tapi siannn la kat dia!!anak perempuan kalau masuk sbp tu kira ok!tak terpegaruh sangat dengan benda negatif seperti merokok dll.
Tkasih atas nasihat2 sdra itu. Kami mungkin tak sanggup berpisah lagi, dan itulah hikmahnya, nanti dah dewasa, dipinang org pulak.
Catat Ulasan