Malam tadi saya berkesempatan mendengar kuliah Magrib di mesjid tempat saya ini, pergi tanpa pen dan kertas. Namun saya tetap fokus dengan apa yang disampaikan oleh ustaz yang diundang dan ia berlangsung selama satu setengah jam itu.
Mukadimmah bermula tentang sejarah Nabi Muhammad SAW yang berketurunan bukan sebarangan, kerana datuknya seorang yang ternama di bumi Mekah, namun baginda tidak pernah menerima sentuhan daripada orang-orang yang disayanginya itu.
Ibunya menghantar Nabi Muhammad SAW ke sebuah desa terpencil untuk disusukan oleh Halimatus Saadiah selama dua tahun.Kemudian kerana bimbangkan dengan pengaruh kota, Rasulullah terus diamanahkan oleh ibunya agar terus dijaga oleh Halimatus Saadiah, sehingga berusia empat tahun. Kemudian diambil dan dijaga oleh ibunya Aminah sehingga berumur enam tahun. Ibunya pula meninggal dunia, dan baginda dijaga oleh datuknya Abdul Mutalib. Datuknya pula meninggal dunia, dua tahun kemudian. Dan akhirnya baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Thalib sehingga dewasa. Jadi siapa yang mewarnai kehidupan Rasulullah?
Allah aturkan kehidupan Rasulullah SAW demikian rupa, supaya manusia mengetahui tidak ada sesiapa yang mengajarnya ilmu, termasuklah ilmu pemerintahan, dan seluruhnya. Bahawa di sini, Rasulullah menerima ilmu dan wahyu terus daripada Allah SWT.
Kerana kehidupannya tersusun sedemikian, maka sehingga baginda tidak belajar menulis dan membaca. Maka tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa Al Quran itu hasil ciptaannya.
Sewaktu perjanjian Hudaibiah, orang-orang Qurais Mekah tidak mahu perkataan Rasulullah dalam surat perjanjian itu, lalu baginda menyuruh Saidina Ali memadamnya, namun Saidina Ali yang bersikap tegas, tidak mahu berbuat demikian. Rasulullah meminta Saidina Ali menunjukkan manakah perkataan Rasulullah dalam surat perjanjian itu. Rasulullah sendiri memadam perkataan itu ....ini menunjukkan Rasulullah memang tidak boleh membaca.
Namun bagaimana dengan keadaannya itu, baginda boleh membina satu tamadun yang paling hebat, dengan kitab Al Quran yang mengandungi ilmu yang sangat tinggi dan luas, yang boleh menceritakan tamadun zaman silam, sedangkan Rasulullah belum lahir? Mana ada satu buku didunia ini, yang menceritakan perkara yang berlaku beribu-ribu tahun dahulu tanpa membuat kajian yang mendalam?
Banyak penemuan menakjubkan oleh manusia, rupa-rupanya telah tercatat dalam Al Quran 1400 tahun yang lampau. Sebagai contoh dalam ayat berkiut:
Surah Yasin Ayat 38-40
Lalu ustaz bercerita mengapa dalam Kitab Al Quran itu, disusun Al Fatihah di depan sekali, kemudian Surah Al Baqarah dan seterusnya, kenapa surah Al-ALAQ (Iqra'0 surah pertama yang baginda terima diletak di belakang, kenapa tidak di depan sekali?
Penyusunan surah-surah itu bukan oleh keputusan sahabat-sahabat baginda. Ia merupakan arahan daripada Rasulullah sendiri kepada sahabat-sahabatnya yang menulis Al Quran ketika itu. Ia adalah atas petunjuk Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Ini kerana, dalam kebanyakan surah, surah yang kemudiannya mentafsir sendiri ayat-ayat dalam surah sebelumnya.
Ustaz bercerita hal demikian, supaya kita semua menambah iman kita, bahawa
Islam itu benar, Al Quran itu benar, Nabi Muhammad itu benar, dan kita semua akan menghadap Allah di akhirat nanti.
Hanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan pada pagi yang indah ini, bertemu lagi dalam entri seterusnya.
Lagi tajuk tentang kehebatan ayat Al Quran
4 ulasan:
salam,
saya sebagai pembaca senyap blog ini mohon untuk share artikel ini.
terima kasih.
Tkasih Kuncisudu..ilmu utk dikongsikan, silalah share..
Tkasihlah kerana membaca entri blog saya yg tidak sebaik mana ini.
Sgt menarik perkongsian ini.. moga menambahkan keimanan kita.
Sam,
Sama-samalah kita berkongsi ilmu. Tak kira drp mana sumber asal tidak bertentangan dgn Al-Quran dan Sunnah.
Catat Ulasan