Rabu, 18 Januari 2012

BERFACEBOOK SEMASA BEKERJA


Imam 1 Mesjid Kota Damansara, Ustaz Nik Akhbar Nik Abdul Ghani, melahirkan rasa kesal dengan sikap kakitangan dan pekerja yang mengabaikan sifat amanah. Semasa mereka bekerja, ramai yang mengambil peluang melayari laman web yang tiada berkaitan dengan tugas mereka, dan ada juga yang menambah rakan facebok mereka.


"Apabila leka melayari internet, secara tidak langsung akan menjadi lalai, sehingga tidak menyiapkan tugasan dan menunaikan solat yang diwajibkan ke atas mereka" Ujarnya.


Lihatlah tajuk rencana itu, kakitangan asyik layari internet akan dipersoalkan di hadapan Allah. Oh....aku tak mau buat lagi...


Kredit untuk Akhbar Perdana



6 ulasan:

IMANSHAH berkata...

kalau free, boleh lah update blog..salah ke ek??

Mat Som Sadona berkata...

OH, ITU KENA TANYA USTAZ.

Yang terbaik, gunakan brodband sendiri, memang masa tu free, tak guna karen/elektrik yg dibekalkan majikan kita.

RHI berkata...

dah lalaikan?? sama2 ubah sikap buruk tu

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Takut aku nak komen.. nanti "boss" aku tau plak, ari2 aku on line waktu bekerja.. dipotong plak elaun aku kang. Hehe..

Mat Som Sadona berkata...

Yatie
Insya Allah kita semua semakin
AMANAH dgn tugas kita

Mat Som Sadona berkata...

Sam
Waktu office kan pkl 8.00-5.00
Cuma SITI AMANAH saja yg paling amanah