Surah Al A'raf ayat 187:
"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat bilakah terjadi katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu Amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya dan katakanlah sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
Itulah dalil paling kuat bagi menentang ramalan para ahli nujum sama ada oleh kalendar etnik Maya di Guatemala dan Mexico, atau ramalan peramal China keturunan Dinasti Chang, bahkan ramalan peramal agung Nostradamus, semuanya adalah bercanggah dengan ayat Quran dalam surah Al A'Raf ayat 187 di atas.
Allah telah menjelaskan bahawa TIDAK SEORANG PUN YANG DAPAT MENJELASKAN WAKTU KEDATANGANNYA SELAIN DIA (ALLAH).
Kita sebagai orang Islam mesti berpegang teguh dengan kebenaran Al Quran sebagai wahyu Allah yang telah diturunkan kepada umat manusia melalui Rasulullah S.A.W.
Sesungguhnya, dalam 100 ramalan ahli nujum itu, 99% merupakan pembohongan, dan Rasulullah melarang kita mempercayai ahli nujum kerana ia sebagai satu amalan Jahiliah.
8 ulasan:
allah juga maha mengetahui
betul MSOM..banyak sangat kat wall FB org post pasal ramalan2 kiamat 2012..... Allah maha mengetahui
Maybe byk sgt tengok filem barat la tu...
Eh EN.MS... aku dah dpt selesaikan problem aku smlm ,,, yey!! Click here : Masalah LOGIN BLOG
Imanshah
Seluruh alam ini adalah di bawah kekuasaan-Nya.
Cikgu Norgie
Kita beribadah dan terus beribadah
tanpa menanti tibanya Kiamat
SAM
Alhamdulillah masalah dah selesai
Ada yg emel saya, daripada 100, 99 merupakan pembohongan, jadi yang 1 tu kita kena percaya ke?
Jawapan:
1 daripada 100 tu kalau betul pun, merupakan kebetulan. Contoh bomoh nombor ekor tu, kalau semua ramalannya betul tentulah semua syarikat judi tu muflis.
Dalam bab Qiamat ni, ramalan ahli nujum lagilah memang 100% palsu, betapa banyaknya ramalan tentang Qiamat dari zaman ke zaman diperbesar-besarkan, salah seorang yang meramal tu mati pada hari qiamat yg diramalkannya. Dia yg qiamat, bukan alam ini.
Qiamat tidak akan berlaku 21.12.12
DAN ke mana kaum Maya nak menyorokkan muka?
Semoga mereka menerima hidayah.
MATSOM.
Catat Ulasan