Rabu, 11 Januari 2012

OLE-OLE YANG MENGHARUKAN...

Entri kali ini berbentuk catatan peribadi untuk mengucapkan terima kasih atas pemberian yang amat bermakna.

Pertama, tanda persahabatan daripada seorang yang tulus....

Pada minggu lalu aku menerima T Shirt dan cenderahati melalui Pos Laju daripada WAK GELAS. Wak Gelas ketika itu baru pulang dari Thailand. Kini Wak Gelas sudah berehat entah di mana, setelah empat tahun menyiarkan pic-pic bertaraf dunia. Aku sendiri pun tak pernah bersua muka dengan Wak Gelas ni, inilah seronoknya alam maya ini, daripada blog kita dapat kawan yang ramai termasuklah tuan-tuan dan puan-puan, cik-cik, saudara-saudari...Semoga Wak Gelas@ Hj Me itewwww sentiasa dalam kedaan sihat walafiat adanya...

Ini pula, ole-ole daripada adindaku MISS MIRROR yang baru balik dari Austarlia...bilalah aku nak pakai baju sejuk ni, tunggu musim hujanlah Sam, mana tau tiba-tiba Pt Sulong dilanda salji macam kat Arab tu...


Sejadah cute dan tasbih elektronik ini pula ole-ole daripada rakan sejawat Hjh Fazidah Buwang dan Suaminya Hj Kuswadi yang baru kembali menunaikan haji di Mekah pada bulan Disember tempoh hari. Insya Allah, aku akan sentiasa mengingati Allah.


Cawan sup dan hadiah ini pula bukan ole-ole, tetapi antara hadiah yang aku terima daripada anak-anakku sempena umurku yang ke .....pada 2 Januari yang lalu.

Terima kasih tidak terhingga kepada kalian, aku pun tak tahu nak balas dengan apa, nak kukirim minyak kelapa dara, sudikah kalian meminumnya?

3 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Hehe.. sama2..

Musim tengkujuh nt mesti terpakai gak baju tu.

Cantik mug2 hadiah dr bebudak tu..

Wak Gelas mmg misteri.. :D

p/s : Aku dah ucapkan H.Birthday utk ko kan itu ari.. so, takyah ucap lg lah (sila rujuk my older post).

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih MM
Tkasih

Wak Gelas memang benar2 misteri

mak encik | SZ berkata...

ooo wak gelas tu haji me (en_me) ye... lama dia tak update blog lepas balik haji..rupanya ada blog lain..hihihi