Isnin, 16 Januari 2012

JANGAN PAKSA READERS LIKE FB FANPAGE KITA?


Selalu sifu blog, BUSUK tulis di status FB nya, aku baca-baca begitu saja. Tetapi petang ni, aku baca kenyataan itu empat lima kali.
Aku tidak ambil endah tentang Like Fanpage tu, sebab aku tak terlibat dengan hal tu.
Yang aku ambil perhatian adalah kenyataan yang berbunyi:
" Readers akan dengan sendirinya like FB Fanpage kita sekiranya blog kita simple, easy dan tidak 'annoying' dengan placement of ads, link adsfly, popub FB Fanpage dengan timer dan seumpamanya".
Okey...orang akan suka blog kita jika ianya SIMPLE, EASY, ..yang lain tu aku tak berapa faham...?
Bab ni aku baca betul-betul, sebab malam tadi buat blogwalking, adoi...adoi...adik-adik kita ni, blog mereka berwarna-warni, ada benda bergerak sana, bergerak sini, masalahnya loading jadi lambat, dan akhirnya aku terpaksa lupakan nak menerjah blog mereka. Maklumlah aku ni duduk kat hujung dunia, line internet agak lambat....jadi tak dapatlah aku ziarah rumah-rumah yang dipenuhi lampu neon yang bergemerlapan itu.


Aku bayangkan blog ni macam kereta. Kita pasanglah macam-macam hiasan. Tayar kita tukar yang besar. Benda-benda berat macam cangkul, pukul besi, macam-macam lagi kita masukkan ke dalam bonet kereta. Lagu buka kuat-kuat. Kereta kita berat kan? Nak naik bukit pun tak kuat.    


Setuju dengan kata-kata lelaki BUSUK itu?

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Setuju sgt... kalau boleh biarlah org yg folow blog kita tu, memfollow kita dgn ikhlas bukan paksaan nt tak best. Kalau tetiba ada yg unfollow, kena la muhasabah diri cari mana yg kurang & cuba perbaiki.. maybe kita terkurang ramah dsbnya..

mak encik | SZ berkata...

ahaaaa..
lg terkejut bila tiba2 kuar lagu ke muzik yg tak menenangkan jiwa....hihihi

Mat Som Sadona berkata...

Aku dah muhasabah ni...
Dah 3 tahun punya blog, yg sanggup follow blog aku baru 200...insaf....

Ada yg tak kena kat blog ni.

Mat Som Sadona berkata...

SZ

Dulu, mula2 kami buat blog, lagu mesti ada, lama-lama apabila buka kat tempat kerja ada kawan tegur

Oi...kuatnya lagu! Baru sedar, ianya tak sesuai utk semua, terutama yg tertengok di office dan tempat kerja yg memerlukan kesunyian.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

simple but nice...

=)

Mat Som Sadona berkata...

yA GADIS KAMPUNG

itu yg kita nak

che mid berkata...

Setuju sangat.. tapi blog che mid ada gambar besarrrr punya jadi header.. harap tak berat sgt..

Mat Som Sadona berkata...

Che Mid
Gambar Header Che Mid tu unik
Setakat ni tak mendtgkan mslh loading
Masih boleh buka dgn cepat