Sabtu, 28 Januari 2012

BUKAN ISTERINYA SAJA YANG KEHILANGANNYA

Bukan isterinya saja yang kehilangannya, tetapi aku juga merasa tempiasnya.
Dulu aku ada beberapa orang rakan yang bila-bila masa boleh diajak bersembang di warung, atau diajak berjalan-jalan. Namun kini mereka telah tiada lagi, bukan kerana mati, tetapi kerana sibuk dengan dunia barunya, bersama isteri baru. Ada tiga orang yang telah menjadi begitu, menyahut cabaran isteri tua masing-masing.


Tidak perlulah aku sebutkan siapa, namun dalam entri-entri terdahulu aku ada bercerita tentang mereka. Nasib baiklah Cikgu Zailani dan Masrom masih kekal setia, tidak menambah cawangan, kalau tak aku semakin kehilangan kawan-kawan. Itu semua kawan lama yang terus kekal hingga sekarang.


Dan seorang lagi itu, kerana sudah naik pangkat jadi ADO , telah mengehadkan untuk bertemu seperti dulu. Setiap kali berjumpa sibuk...sibuk...sibuk...Motosikal cabuknya yang dulu selalu dilap itu agaknya tertanya-tanya ke mana perginya tuannya itu...WKL saja yang faham ni...


Dan nasib baiklah ada kawan-kawan blogger di sini yang sedia bertekak dan berdebat secara maya....korang jangan tambah cawangan pulak, nanti tak sempat nak baca blog aku pulak...hah hah hah hah.....

4 ulasan:

IMANSHAH berkata...

biasalah, masing2 banyak urusan

tapi kita masih boleh bersahabat di alam maya

mak encik | SZ berkata...

kalau berkemampuan dan cukup syarat boleh la nak menambah cawangan ...tapi kebanyakan yang buat tu tak cukup syarat, tak cukup adil...bahaya tu ...

Cik Sibuk berkata...

tambah cawangan? alamak..takutnyaa..

walaupun orang kata nanti kat akhirat dapat payung emas..takpe lah tak dapat payung pun saya sanggup..hoho

Tanpa Nama berkata...

Bro MatSom bila lagiiiiiiiii??

hehehe

=SP=