Jumaat, 23 Disember 2011

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA MASIH SIHAT

Sebahagian bangunan tambahan Hospital Batu Pahat


Kak Long Hjh Saripah menjengok adiknya setiap hari tanpa miss, aku pun tak larat macam dia

Jika berjumpa ada saja yang disembangkan, hingga lupa waktu melawat telah tamat


Abang aku yang eksident bersama anak saudara kami Yati...susah betul nak suruh dia gunting rambut, sebab tu wajahnya aku sunting

Saban hari aku ke sini, yang aku perhatikan ialah doktor-doktor muda, jururawat-jururawat pelatih, dan para pesakit yang pelbagai ragam.


Kulihat parking telah diperluas. Namun jika pagi, parking melimpah hampir ke SMK Datuk Syed Isa. Terutama ketika ramai orang berjumpa doktor pakar. Ada yang kes darah tinggi, kencing manis, tyroid, fybroid, jebrot dan macam-macam lagilah. Segala aroma bau, diselang seli bau sabun pembasmi kuman, bau ketiak busuk, bau minyak dakam, gamat, bau orang tak mandi entah berapa hari. 


Aku terus melangkah menuju ke wad 7. Tempat abangku 'berehat' masuk minggu kedua setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Semalam telah dijalankan operation. Kak Long yang setia sejak adiknya itu dimasukkan ke wad, sanggup tidak makan tengah hari, semata-mata nak menunggu di depan wad pembedahan, berdepan dewan bersalin hospital itu.


Penantian satu penyiksaan. Ketika itulah aku melihat beberapa pesakit kritikal di tolak ke wad kecemasan. Nampak kaum keluarga berwajah muram, dan ada yang mengusap air mata. Kelihatan nafas kembang-kempis, entah sakit apalah agaknya.


Di sudut sana pula, di depan dewan bedah itu, kelihatan mundar-mandir seorang bakal ayah yang menantikan anak sulungnya barangkali. Di situ pula seorang ibu yang ditolak dengan kerusi roda oleh jururawat yang tersenyum bak pramugaari, sambil memegang bayi yang masih merah. Siapakah ayahnya....nampaknya ayah bayi itu sedang bermain facebook dengan notebooknya. Siisteri memanggil-manggil, namun suaminya itu tetap khayal dengan dunia mayanya. Mungkinkah dia sedang berchating dengan bekas kekasihnya...oh...aku menyangka yang buruk-buruk. Akhirnya isteri meninggikan  suara, dan sisuami tergesa-gesa melihat bayinya bagaikan terpaksa sambil memegang notebook yang tetap tidak ditutup. Dunia...dunia...




Oleh sebab abangku belum siap dibedah untuk memasukkan besi ke tulang betisnya, aku pun berjalan-jalan disekitar wad-wad itu. Jururawat-jururawat muda itu berjalan sungguh bergaya. Mereka berjalan berkumpul-kumpul. Wajah-wajah doktor pula kelihatan stress kerana tanggungjawab mereka lebih besar. Namun ramai juga doktor yang berwajah cool bak Tun Abdullah Badawi. Memerhatikan tugas-tugas doktor dan jururawat itu, aku berasa bersyukur, kerana tugas aku tidaklah sestress seperti mereka. 


Apabila pembedahan itu selesai, para jururawat menolak katil abangku ke wad 7 semula. Kebetulan ketika itu telah tiba waktu melawat. Semua katil telah dipenuhi pesakit. Dan setiap pesakit diziarahi oleh saudara-mara dan para sahabat mereka. Namun disatu sudut, ada seorang pesakit yang berseorangan. Dia hanya memerhatikan jiran-jirannya dikerumuni kerabatnya. Dia meneguk air mineral, dan terkial-kial, hendak kutolong, takut mengganggu kenteramannya. Takut nanti dia terkejut, dan jatuh daripada katil. Alasan...


Melihat pesakit-pesakit di wad-wad itu, aku bersyukur lagi, aku masih sihat, tekanan darahku masih 80/120, yang lain aku tak taulah tak pernah check. Kolesterol entah berapa pun aku tak tahu. Setiap hari aku tetap menelan kapsul kelapa dara ni supaya kekal sihat. Sebagai stokis kenalah jadi contoh. Lagipun kalau aku mengadu sakit kepada kawan-kawan, mereka tanpa buang masa akan menembak aku...Eh? Kata jual ubat macam-macam, tak kan sakit? Sebab tulah kalau aku sakit, aku lebih suka menyendiri dan sembunyi, supaya tidak diketahui orang. Pernah juga aku pergi ke sebuah klinik swasta. Doktor itu terbatuk-batuk. Entah macamana, aku terlepas cakap, "Doktor pun batuk juga ke?"  Untuk menyelamatkan martabatnya, dia tidak menjawab pun soalan aku  itu, dan terus bertanya masalah aku. 

8 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

semoga Allah menyembuhkan abang cikgu MS segera!
banyak pengajaran dalam entry kali ni ...

antaranya ttg facebook... biar takde siaran astro sbb hujan tapi mahu "mati kutu" kalo internet takde :p

Mat Som Sadona berkata...

SZ, utk pengetahuan kalian abang saya anak yang ketiga, ...ia tidak dapat berkata-kata seperti kita sejak bayi lagi. Namun semua anaknya yang tiga orang, sempurna, dan fasih seperti kita adanya. Saya melihat nurse dan doktor berinteraksi dgnnya secara gerakan tangan.

Tkasih kerana tetap membaca cerita saya yang entah apa-apa ini.

che mid berkata...

Alhamdulillah, biar badan sakit tetapi bila dikelilingi orang yang mengambil berat tentu tak sesakit mana.. Insyaallah sembuh pun lebih cepat..

Tanpa Nama berkata...

Bro MSom...
Abg Om yer yg accident?
Cian laaahhh...
Kirim salam kat dia yerrrrrr...

Mat Som Sadona berkata...

Ya, betul, kami panggil dia abang Okk. Bapa mertuanya, Jiran lama Tuan Fadil kan?

Mat Som Sadona berkata...

Che Mid
Insya Allah cepat baik
Dan berhidmat semula utk keluarganya

Tanpa Nama berkata...

Yup dulu jiran rumah mak yg 1st... tp dia dh lama pindah dh... dh x tau per khabar briter...

Mat Som Sadona berkata...

Oh ya lupa, sdra Fadil mempunyai dua orang emak.
Kecik2 dulu saya selalu gunting rambut dgn ayah Sdra...teringat betul bau minyak rambut Aminah atau 3A kat kedai beliau itu...dan salah satu nostalgik aku di pekan Medan yg cowboy itu.