Pagi tadi selepas meeting untuk panitia, aku balik ke rumah dan mengajak Irfan dan Iwan ke Jay Bee. Ada urusan sikit. Irfan akan berpindah ke SMKDS. Alasan...oh rahsialah, dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan. Bertolak jam 11.00 pagi. Bawak kereta taklah laju, biasa je, pemandu berhemahlah katakan.
Singgah sinilah yah...Oh tidak, kita ada urusan yang penting ni...
Kota ini semakin menyesakkan ....Semuanya nak cepat. Sesiapa yang lembik dan lembab tidak dapat hidup di sini.
Jam 12.40 tengah hari tiba di destinasi Jabatan Pelajaran Johor...lama sangat tak ke sini, bangunan pun dah canggih. Urusan bermula jam 2.00 petang sementara menunggu waktu itu, kami ronda-ronda dulu kat Bandar Baru Uda, jangan tak jumpa balik pejabat tadi sudah. 24 tahun dulu aku memang tinggal di Jay Bee, tetapi perubahannya terlalu banyak. Ramainya orang berurusan...yang kena buang sekolah, nak mintak sekolah semula paling ramai.
Aku tak boleh lama-lama di sini, setelah urusan selesai aku menuju ke Kempas.. Jem sana-sini, aduhai, boringnya duduk di Jay Bee ini.
Melalui tempat ini, aku boleh jadi hiba. Terkenang teman-teman seperjuangan 1985/1987.
Kenangan demi kenangan mengusik jiwaku....
Ikut rancangan awal aku nak ke rumah Miss Mirror, adindaku, tetapi cuaca yang gelap ini melemahkan semangatku. Aku call abang aku yang kat JB juga, kononnya nak buat kejutan, rupanya dia dalam perjalanan balik ke Rengit. Abang aku ni ada dua rumah, tapi isterinya satu. Kerajaan Johor pindahkan dia di sini untuk kenaikan pangkat. Terpaksalah tinggalkan kampung halaman dan jawatan imam di Rengit tu.
Irfan gembira kerana misi telah berjaya, permohonan perpindahan itu telah diluluskan.
13 ulasan:
ohhh Irfan nak tuakr sekolah. dari sekolah agama tu ye...cepatnya urusan perpindahan tu sehari je,....saya nak uruskan perpindahan ika dah dekat sebulan tak approve lagi ni...alasan sebab dari Selangor nak ke KL...huhuuhuh. padahal seberang jalan je
Saya ke Jb juga minggu lepas, tapi untuk memenuhi undangan dan bercuti. Selalu salah masuk jalan kerana sudah banyak sangat persimpangan bertingkat di JB...
Aku tadi baru lepas abis masak pun time ko tepon tu, ikan asam pedas yg mabeles... hehehe.... tapi sbb ko kata tak nak berlama2 kat JB.. aku pun phm..
salam
saya dulu kerja di carefour plentong
salam
saya dulu kerja di carefour plentong
Betul ler MS..kita pun tak suka duduk tempat sibuk2.Sebab amat fobia bila jalan jem.kaki ni asyik nak menekan brek je..walau duduk disebelah pemandu.Ku rela duduk di Muo je....
Mama Miraki,
Perpindahan antara negeri dgn dalam negeri, mungkin lain prosedurnya. Uruan Irfan ni bukan satu hari, cuma satu jam saja, yg lama pergi dan baliknya.
Tetapi esok ni nak ke PPD BP lagi, lepas tu nak sekolah lamanya lagi, ambik apa bahan yg kurang, mcm kerja kursus, buku kesihatan dll, barulah daftar di sekolah baru, mengambil masa juga 4 hari sejak mula hari tu.
Tentulah banyak lagi yg nak diceritakan di JB tu. Saya tunggu entri bermaklumat abang MIE Itu.
SORY BYK2 SAM,
ASAM PEDAS mables...tkasih aku sedut baunya dari sini.
Mama Janet
Muar pun dah mula sibuk dah, jalan mula bertingkat2 di persimpangan Tangkak tu.
Cikgu Imanshah
Sdra memang banyak pengalaman dan banyak menjelajah negeri org, tentu boleh ceritakan pengalaman manis di Plentong tu dlm blog sdra yg tersohor itu.
wak pon pegi jaybee tiap tiap minggu jugakk...,, eeeE minggir minggir wak dh dateng nii nk komen komennn..,,
aduhhhh Wak Gelas n kelakar lah.....adik beradik Abg Jem ke...hahaha
Catat Ulasan