Khamis, 22 Disember 2011

KEPUTUSAN PMR SMK DATUK SULAIMAN 2011

Cikgu Razif bersama-sama pelajar SMK Datuk Sulaiman

Sebahagian daripada 22 orang  pelajar SMK Datuk Sulaiman yang memperoleh 8A PMR 2011


Debaran 2011 telah berakhir.......... anakanda saya Ili Nabilah telah mencapai apa yang diimpikankannya. Syukur kepada Allah SWT, telah menganugerahkan kejayaan ini, tersenarai antara 22 orang calon PMR 2011 yang memperoleh 8A. Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru SMK Datuk Sulaiman, pihak pentadbir sekolah dan seluruh tenaga yang terlibat di sekolah tersebut, yang telah bekerja keras, termasuk membuat kelas tambahan pada sebelah petang dan termasuk pada hari minggu, mengusahakan tuisyen bersama-sama MRSM Batu Pahat dan pelbagai usaha lagi yang kami pihak ibu bapa tidak mengetahuinya. 


Terima kasih juga kami ucapkan kepada saudara mara, rakan taulan dan semualah yang mendokan kejayaan ini.


Terima kasih...terima kasih...terima kasih...


CATATAN: PERBANDINGAN PMR SMKDS 2010 dengan 2011


Peratus: 2010- 69.34%
             2011- 72.98%
GPS     : 2010 - 2.60
             2011 - 2.36
jumlah 8A:
            2010 - 22 orang
            2011 - 22 orang
 Kami berkongsi kegembiraan dengan sepupu Ili, Nur Insyirah yang sedang bersekolah di MRSM Besut. Insyirah Alhamdulillah mendapat 9A (ada B. Arab)

13 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Congrats Ila... so proud of you!! ;)

Mat Som Sadona berkata...

Thanks...Miss Mirror....

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah!
“Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya.”

tahniah kepada cikgu mat som sekeluarga :)... saya tumpang gembira :)

Mat Som Sadona berkata...

Terima kasih Pn Suzianti...tkasih...
...tak tau nak cakap apa lagi....

Mama Janet berkata...

Tahniah untuk anak cikgu MS.Bukan senang nak dpt 8a

Mama Miraki berkata...

Tahniah adik Ili Nabilah, juga pada MS sekeluarga. lepas gi agak2 MS nak anta dia gi sekolah mana ehh

Mat Som Sadona berkata...

Mama Janet
Tasih, ... tgok memang susah. Kerja kursus pun banyak, tak macam masa kita dulu.

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih
Mama Miraki.
Kami bagi kebebasan kepadanya.
Kalau nak sambung SMKDS lagi pun tak kisah.
Tapi biarlah dia keluar, sampai bila nak berada di samping keluarga?
Satu masa kena berdikari juga.

Teman Setia Anis berkata...

Tahniah cik som... Mudah2han terus berjaya menjadi anak yg solehah, cemerlang dunia dan akhirat... Baru lepas tengok gambar2 anak ci Murni... Dapat 9A... Bijak betul anak2 kalian ni... Moga menjadi contoh kepada saudara mara yg lain...

Teman Setia Anis berkata...

Lupa plk... Tahniah juga untuk anak cik oden.. Nazihah... 8A 1B...

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih, Tkasih Anis, semoga anak-anak Anis akan menyusul nanti....Aminn...

Tanpa Nama berkata...

Tahniahhhhh utk si anak & juga si ibu bapanyer...
Alhamdulillah tentunya gumbira sgt2...

Mat Som Sadona berkata...

Kegembiraan, kesedihan adalah sebahagian warna-warni kehidupan.

Tkasih En Fadil.