Ahad, 11 Disember 2011

WIDGET HAK CIPTA YANG MENYUSAHKAN

Inilah stastistik blog aku setakat ini, siapalah aku, yang sehari pengunjungnya cuma puluh-puluh saja. Terima kasihlah berjuta-juta kali kepada yang sudi ke blog yang entah apa-apa ini. Berdasarkan catatan itu, Alhamdulillah dapatlah juga berbakti sikit dengan pengunjung yang search di Google atau Yahoo. 


Kesimpulannya:

1. Ada 2300 orang yang minta disayangi, mungkin suami atau anak isteri dah kurang pedulikan dia. 
2. Terdapat pula  1700 orang yang nak menguatkan ingatan  (doa yang aku dapat daripada seorang pensyarahku di maktab dulu)
3. 400 orang nak tahu fadhilat membaca ayat Seribu Dinar.


Lalu aku bayangkan, akulah salah seorang yang mencari beberapa doa dalam blog aku ni. Tiba-tiba apabila aku nak copy terkeluar perkataan "MAT SOM TERPELIHARA", tak mengamuk ke pengunjung tu? Mestilah dia menyumpah aku. Kedekut betul Mamat ni! Ia aku sedari apabila sahabatku mengadu kepada ku, anaknya di Tingkatan dua nak buat kerja kursus Sejarah, tajuknya Sejarah Pt Sulong. Search punya search yang muncul blog aku, dia terpaksa salin satu-satu...apabila dah balik, dia mengadu kat emak bapaknya, mereka terus telefon aku, kenapa blog aku tak boleh copy dan print? Aku kata, lain kali aku buang ya, kesian budak-budak sekolah tu. 


Sebelum aku buang benda mengarut ni, aku check blog terhebat kat Malaysia ni macam blog Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Cik Epal dan blog Ben Ashaari semua tak ada widget ni. Soalnya kenapa aku pasang dulu? Entahlah...

6 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

eheehee...
kalau dalam etika penulisan, tidak salah nak salin (copy) tapi jangan lupa rujukan sumbernya (citation) kan ...

Mat Som Sadona berkata...

Betul kata Mak Encik tu, kena bagi kreditlah ya...Mak Encik.

wakgelas berkata...

waduh kang arek jadik yg terhebat jugakk kuee... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

Mat Som Sadona berkata...

Susah jugak Wak kalau jadi hebat, orang ingat duit juta-juta, jalan pun dah tak senang.

ibnuismaini berkata...

Ramai yg mengabaikan KREDIT kpd penulis asal tu sbb protect...

Mat Som Sadona berkata...

Kira cetak rompaklah ya Ibnuismaini
Susah...susah...mana satu nak pilih ni?