SIMPANG TIGA 11 Februari-Aku baru saja pulang dari Mesjid Simpang Tiga, Parit Sulong yang telah mengadakan sambutan Maulidurosul secara besar-besaran. Beberapa orang penduduk telah berkongsi mengadakan aqiqah dan dua ekor lembu telah ditumbangkan bagi memeriahkan majlis ini.
Ustaz yang dijemput ialah Ustaz Zahazan Mohamed. Sepanjang ceramahnya tadi, beliau banyak menasihatkan penduduk agar menjaga amanah Allah, iaitu anak-anak. Antaranya carilah rezeki yang barakah, dan jauhi rezeki yang tidak halal.
Hadirin juga diajar doa secara beramai-ramai, bagaimana supaya anak-anak kita terpelihara daripada melakukan zina.
Semasa berdoa, Ayah meletakkan tapak tangannya pada dada anak lelaki
Dan ibu meletakkan tapak tangannya pada dada anak perempuan
Ruminya:
Allahummagfirzambahu watthohiir qolbahu wahhasin parjahu(anak lelaki)
Allahummafirzambaha wattohir qolbaha wahassin parjaha (anak perempuan)
Satu lagi doa yang terkandung dalam Surah Al-Furqan ayat 74 patut diamalkan agar anak-anak, isteri dan keturunan menjadi penyejuk mata kita. Doa tersebut ialah:
Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
Amalkanlah ia sehari-hari...agar anak keturunan kita menjadi orang yang baik-baik..
Satu lagi ustaz berpesan, jika dahulu pernah melakukan satu dosa (misalnya berzina), janganlah ceritakan dosa itu walaupun dengan suami, atau isteri. Taubat nasuha dan biarlah Allah sahaja yang tahu, dan memohon keampunan kepadanya. Mengapa? Kerana jika diceritakan, kesan buruknya lebih banyak. Keaiban akan tersebar. Ditakuti anak-anak kita tidak akan diterima orang sebagai menantu dan pelbagai kesan buruk yang lain.
Kerana ramainya orang aku hanya dapat mengambil gambar ustaz melalui layar ini sahaja
Yang bersongkok tinggi tu macam kenal, siapa lagi...Cikgu Abd Razak Othman
Tetamu datang dari seluruh Parit Sulong dan sekitarnya. Nampak juga kelibat orang Seri Medan, Semerah dan lain-lain...Alhamdulillah.
40 orang pelajar tahfiz Rahbaniah juga dijemput.
Seorang penduduk Pt Hasan Ahmad 2 turut datang ke Simpang Tiga
Sebelum entri ini menutup tirai, atas kesetiaanku kepada syarikat, BIO ASLI telah memuatkan wajah hodohku di Muka surat 19, KOSMO Ahad 12 Februari hari ini. Insya Allah rezeki aku bertambah hari ini....