Pagi ni kerja seperti biasa. Tamat jam 1.30 petang. Sampai simpang tiga Seri Medan tu confius, sama ada nak belok ke kanan iaitu balik rumah untuk tidur, atau belok kiri menuju ke Parit Yani....
Akhirnya gerak hati belok ke kiri...
Destinasi rumah customer. Dua kotak Kopi Kelapa Dara dibelinya. Kemudian aku call abang aku Ustaz Baharuddin. Malam ni jam 1.00 pagi dia nak berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Aku buka booth kereta, alamak jek kereta aku tertinggal kat kereta Kancil. Nak jalan terus ke Rengit? Kalau bocor tayar tengah jalan macamana? Ah...tawakkallah.....
Baru berapa minggu tak jalan kat Pt Yani ke Seri Bengkal ni, jambatan tu dah berpindah, jalan dah baru, ni 2 km dari Parit Yani menuju ke Pt Yob - Seri Bengkal.
Dua selekoh maut di Jalan Seri Bengkal dekat Seri Gading tu pun dah jadi jalan yang lebar....wau...bestnya...tak payah pulas stering lagi.....laju....laju....!
Persimpangan jalan Seri Bengkal...ke kanan ke Batu Pahat, ke kiri ke Parit Raja...depan tu dulu semak aje, sekarang dah jadi kota besar!
Ah....belok ke Pt Karjo ......dah ada pusingan U di situ, lebih selamat daripada jalan yang lama....
Dari Pt Karjo aku tembus ke Pt Kemang.....
Singgah di Salleh Food....taukeynya jutawan ni....income 6 angka sebulan...lagi-lagi raya ni
Nak beli apa ya....nak bawak buah tangan ni...
Beli ni ok lah...RM 13.00...Nama kuih ni apa, aku lupa, emak aku kata Kuih Pulau Pinang, kalau aku yang buat aku bubuh nama Kuih Sarang Lebah?
Pt Rejosari pulak aku redah, rajinnya orang kampung ni, tepi jalan pun mereka tanam pisang
Persimpangan Kg Seri Bahrom, sampailah aku rumah abang aku....dia tak nak diambil gambarnya kerana dia tu handsome sangat macam Yusuf Haslam masa muda-muda! Semoga kakandaku selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air ya...
Balik .....lalu rumah bekas makwe lama aku ....entah berapa anak dia sekarang.....hahahahahaha! Agaknya 12?
Pukul 5.00 petang sampailah sudah di Batu diPahat...Panasnya, seronoknya kalau masa panas macam ni berendam di dalam air terjun.....
Beli kat sini
Pn Pida...garenti lauk berbuka tak basi dan menyakitkan usus-usus di dalam perut kita. Lokasi ni ikut dari Hotel Pelikan belok Klinik Nur jalan terus jangan belok-belok, ada selekoh belok kanan sikit. Carilah di barisan kedai-kedai tu. Ada dua restoran asam pedas di situ.
Harga pun ok...mesra pelanggan sangatlah.
Dua potong ikan pari, dan dua ekor ikan kembung besar RM 15.00...Oklah tu, petang tadi cuma ada 3 jenis ikan yang ada. Kepala ikan merah tu aku tak minat, nanti otak tak cerdas....?
Kesian kan isteri aku nak tolong suami dia tambah pendapatan, sebab tu aku beli asam pedas di Batu Pahat tadi, jadi taklah penat sangat.....tapi dia kena masak nasilah jugak....huhuhu