MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Sumber Berita Harian.
Sewaktu aku mengajar di SMK Paloh dulu, ketika cuti diubah dari Jumaat ke Ahad oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Seri Muhyiddin Yassin, ramai murid tak sempat solat Jumaat. Sebabnya pemandu bas sekolah terdiri daripada orang bukan Islam. Jarak jauh antara sekolah dengan estet tempat tinggal mereka menyebabkan, mereka tidak sempat solat. Lagi pun jalan estet tu memang tidak ada masjid. Semua orang marah Muhyiddin ketika itu, tetapi siapalah kami cuma guru kelas rendah yang tidak punya apa-apa kuasa.
Dengan peristiharan Sultan Ibrahim SEMALAM dapat melegakan semua pihak yang telah bengkek selama hampir tiga dekad. Sesiapa yang membantahnya memang tak tau jenis apalah mereka ini.
3 ulasan:
Alhamdulillah...kt sini..tak tau bila..in sha Allah satu hari nti...kut????....
Sakit hati bila mgenang ttg golongan yg mundur ni...makin maju manusia tu...semakin mudurlh mereka..
Dah ikot macam Klate dan juga negara Arab..
Alhamdulillah, nampak gayanya kena biasakan diri dengan perubahan ini
Catat Ulasan