Rabu, 20 November 2013

WANI BINTANG BARU YOUTUBE

 Wani (Nur Shazwani) semasa di Tahun 6Arif SKSP

Mula-mula terpandang wajahnya dalam Youtube, hatiku terdetik. Kenapa seperti aku mengenalinya? Rupa-rupanya apabila aku membelek-belek gambar dalam kameraku (gambar di atas) sah ini Nur Shazwani calon UPSR 2009, maknanya sekarang Wani masih dalam Tingkatan 4. Yang aku kagum ialah kecekalannya menghasilkan 82 video di YOUTUBE, sedangkan aku nak upload satu video pun kadang-kadang hampir putus asa, kerana lamanya tempoh upload tersebut. Dan bertambah aku rasa pelik, kenapa sepanjang di sekolah kami, Wani seakan tenggelam, bakatnya dipendam. Rasanya Wani tak pernah muncul di atas pentas semasa majlis tertentu seperti hari anugerah cemerlang, atau hari guru? Aku agak satu, sebab cikgu-cikgunya hebat SANGAT mengalahkan artis! Kawan aku kata Guru Borek Murid Rintik...?

4 ulasan:

Kayu Manis berkata...

Anak2 ada lah tgok...Kak bru tgok ni...

Farah Waheda Wahid berkata...

oh bekas anak murid yer ni?

Hana berkata...

erm.. kenapa ye..

Umialya berkata...

Nampak gayanya tak lama lagi bakal jadi artis cam Yuna

Pastinya Cikgupun kena tempias glemer juga..