Isnin, 29 Disember 2014

AKTIVITI CUTI KE SANA SINI

Jika tak ada apa-apa biasa aku bertapa di kebun,tebas apa yang patut. Senyap sunyi tanpa suara apa-apa...................
Ke Shah Alam, dalam perjalanan nampak macam-macam kemalangan....yang dahsyat pun ada. Yang atas ni kes kecil je, tersondol kereta depan kut, dahlah jalan Selayang ni sempit,eksiden dan time hujan pulak...apalah nasib awak amoi....
 Kemudian ronda-ronda JB yang semakin sesak...


 JB yang lama kutinggalkan....
Menemui bekas roomate masa kat maktab tahun 1985 dulu....lama sangat tak jumpa. Aku menemuinya di hotel Permaisuri MITC Melaka. Sdra Bazri orang Kuala Nerang,Kedah.


 Warung nasi Arab di Sungai Udang, Melaka ni sentiasa penuh.
 Badaraya Melaka yang juga sentiasa sesak

Sabtu, 27 Disember 2014

GAMBAR BANJIR BESAR 2014 DI SANA-SINI

Gambar-gambar berikut ialah gambar-gambar yang dihantar oleh sahabatku melalui Whatsapp. 
Ini ialah rumah ibu sahabatku, Tn Hj Zul Pasir Tumboh,Kota Bharu. Kata beliau rumah ketua kampungnya hancur berderai setelah dibawa arus deras banjir tersebut.

 Keadaan banjir di Hospital Kota Bharu. Pesakit-pesakit dipindahkan ke blok yang lebih tinggi,kata Tn Hj Zul Pasir Tumboh  

Situasi banjir yang diambil gambarnya semalam 26 Disember 2014 di Kota Bharu
Ini pula situasi banjir laut yang berlaku di Minyak Beku Batu Pahat,juga gambar daripada whatsapp...Gambar diambil tiga hari yang lalu. Tebing ini kalau hari biasa sangat tinggi daripada aras laut.....Tetapi minggu ini air laut telah melimpahi tebingnya itu....
Banjir yang mula menjengah Parit Sulong....walaupun aku duduk di sini....Tetapi yang ambik gambar ini adalah orang lain.....Banjir paling tenang dan nampak mula hendak termenung di sini...

KEMUNTING BEACH RESORT, PANGKALAN BALAK








Kemunting Beach Resort adalah antara resort terbesar di Pangkalan Balak. Ia mempunyai banyak pilihan bilik, dan menyediakan dua kolam renang untuk kanak-kanak bawah usia,dan kanak-kanak besar. Ibu bapa boleh juga berenang di sini kalau tak malu. Sesiapa yang berminat ke sini, telefon saja nombor di atas,dan buatlah bayaran deposit tempahan.

Ahad, 21 Disember 2014

BAWA SENJATA KE STADIUM


sekadar gambar hiasan- BUKU LIMA
Kredit GeligaBunian


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana memiliki senjata berbahaya ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua lelaki itu didapati membawa suar dan besi buku lima yang dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Beliau berkata kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

"Mereka juga ditahan kerana memakai selempang yang tertera ungkapan menghina pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Chong berkata ungkapan berkenaan sangat mengaibkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyan 509 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


Janganlah sedih sangat dengan kekalahan Malaysia dalam Piala Suzuki 2014 MALAM TADI.Pasukan Harimau Malaya telah bermain DENGAN SANGAT cemerlang. Cuma Thailand bermain dengan lebih baik. Lagipun kita kan masih NAIB JUARA! 

Rabu, 17 Disember 2014

TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK TAHUN DEPAN

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan bayaran tambang bas sekolah akan naik mulai Januari tahun depan seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Oktober lalu.
Presiden PPPBSM, Amali Munif Rahmat berkata, jumlah kenaikan itu akan ditentukan sendiri oleh pengusaha bas sekolah bagi mengimbangi kenaikan kos yang semakin meningkat selain kadar tambang bas sekolah tersebut tidak pernah disemak sejak tahun 2009.
“Pihak PPPBSM tidak akan menetapkan kadar baharu kerana ia tidak dibenarkan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Buat masa ini, pengusaha bas sekolah akan mengikut garis panduan yang ditentukan oleh Lembaga Pe­lesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 memandang­kan SPAD tidak menetapkan harga siling tambang sekolah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber Kosmo

Isnin, 15 Disember 2014

SEMOGA BERBAHAGIA DENGAN KAMI


Kini emak telah ikut bersama tinggal dengan kami. Kami mahu nenek sentiasa ceria dan selamat...

Dan ini antara rakan-rakan bisnes aku yang baru...Bersama kumpulan Stevia yang mula menikmati pendapatan masing-masing.

Sabtu, 6 Disember 2014

ENAM TAHUN SUDAH BERLALU



Bermula 2008, kira-kira enam tahun telah berlalu, aku telah menulis blog ini. Mula-mula sangat teruja, kerana masa tu Facebook dan laman sosial yang lain belum gah lagi. Teruja sangat sampai kadang-kadang tak tidur malam. Berangan sangat nak dapat income empat angka daripada iklan-iklan kononnya.

Namun akhirnya kena terima hakikat, ia bukan semudah menelan kacang goreng.

Kini aku lebih banyak menerima pelanggan sendiri daripada iklan aku sendiri yang banyak kat tepi sebelah kanan tu. BERSYUKURLAH aku, hari-hari ada orang order produk yang aku iklankan. Bolehlah aku bernafas ketika hari gaji masih lama lagi.....Walaupun tak dapat ribu-ribu, tapi Allah kan suruh bersyukur, siapa yang bersyukur, ALLAH akan tambahkan rezeki itu. Dengan blog ini, tak perlu lagi aku mengetuk pintu rumah orang untuk membeli barang-barang yang aku jual macam dulu-dulu.

Kawan-kawan ada yang bertanya tentang kebaikan blog. Dan berminat nak tulis blog. Dulu memang aku beria-ia nak bantu mereka. Tetapi kesemuanya, hangat-hangat tahi ayam saja. Sejak itu minat aku nak tolong orang jadi terbantut.

Apa sebenarnya matlamat berblog? Itu yang penting. Kalau hanya suka-suka saja, baik tak payah. Buat penat orang yang nak mengajarnya. Kalau nak bisnes internet, guna je Facebook, Istagram, Whatsapp atau lot.my, mudah.my kerana blog ni macam kita jaga satu siaran TV atau RADIO. Kalau siaran tak ada, bagaimana orang nak menonton atau melayarinya?

Oklah ....tahniah kepada yang terus menulis blog. Ada yang tulis blog untuk menghilangkan stress, ada yang untuk arkibkan kenangan, ada yang nak berkongsikan pengalaman, ada yang nak duit Nufnang dan lain-lain.

Teruskan berblog....kerana hanya yang istiqomah sahaja yang akan meneruskan perjuangan ini. Semoga tulisan kalian memberikan manfaat kepada pembaca, dan Allah akan memberi ganjarannya di dunia dan akhirat.








Rabu, 3 Disember 2014

MOTOSIKAL YAMAHA NOUVO S 2008 UNTUK DIJUAL



Motosikal Yamaha Nouvo S 200 untuk dijual. Harga RM 2800. Kawan saya suruh promote di sini, dan yang berminat sila hubungi saya 010-3443 880

Selagi motosikal ini masih ada, yang berminat boleh contact saya.

Isnin, 1 Disember 2014

TEKNIK BERJIMAT SEMASA MELANCONG

Malu pulak nak cerita, sebab yang baca ni ramai yang kaya jutawan. Sewa hotel ribuan sehari pun tak kisah.
Masa aku bertanya resort yang setiap bilik berharga RM 400-RM700 tu pun, semua bilik telah fullhouse.Membuktikan ramainya orang dah senang-lenang.

Bagi orang macam aku ni cukuplah cari hotel harga satu malam RM200. Dan kalau tak cukup, sewa tilam je.
Yang aku nak cerita ni bab makan.Dulu pernah aku order satu lauk dengan satu sayur, charge RM70. Bagi aku itu tidak menjimatkan. Anak ramai macam aku,kena buat sesuatu. Maka sejak lima tahun dulu aku mengamalkan teknik penjimatan ini.

PERTAMA: Mesti bawak periuk nasi comel,jangan besar2, nanti susah nak seludup masuk hahaha

KEDUA: Lauk apa nak bawak? Pandai-pandailah ikut kreatif kita. Kami beli ayam dua ekor...ayam sedang,dua ekor dalam RM25.00 Pukul 5.00 pagi bangun masa kat rumah lagi...panggang dengan PEMANGGANG AJAIB. Dah siap masak semua masukkan ke dalam banyak tupperware ke apa ke...ni lauk untuk dua hari. Anak-anak pasti tak komplen kalau lauk kita lebih sedap daripada lauk di kafetaria hotel. Dan kita panaskan selalu kat periuk nasi supaya tak mudah basi.
KETIGA: Bawa bahan-bahan utama macam yang kita ada kat dapur.....tapi paking kecik-kecik,macam Mr Bean nak pergi melancng...padat, semua ada...bawang pun ada tu!
KEEMPAT: Anak-anak yang nak makan Maggi sangat, tak boleh dihalang.
KELIMA: Dua bahan ni penting untuk masak sayur-sayuran.....sayur tomyam pun ada....pilih je
KEENAM: Kicap utk sikecik, sos, dan jus kordial...kalau minum air jarang nanti tak nak pulak ....budak-budak...semua dalam botol kecil. Dan semua ni masukkan dalam satu bekas yang senang dibawa, satu kotak plastik yang ada tangkai..banyak dijual kat pasar raya...
KETUJUH: Pinggan bawa yang ringan,juga gelas, dalam hotel dah ada 4 gelas....pisau potong sayur yang comel juga jangan lupa
KELAPAN: Makanan ringan dari kampung kita yang murah-murah boleh dibawa sekali.
KESEMBILAN: Jangan lupa bawa pencuci pinggan mangkuk....juga kain kecil atau span untuk cuci pinggan.
KESEPULUH: Untuk emak bapaknya, kalau tak ada cili..macam rasa tak kena.....cili ni kami petikje kat kampung....ni emak mertua aku yang tanam.
Sementara menunggu anak-anak mandi kat swiming pool tu, aku masaklah....Lepas mandi biasa diaorang akan lapar.. Tengok tu kami tengah masak sardin sotong dicampur dengan sayur sekali
 Nasi tengah masak......

Modal kami beli ayam dan sayur-sayur yang tak mudah layu dengan bahan-bahan tu,tak sampai RM 50.00....KAMI BOLEH MAKAN MAKANAN BERZAT SELAMA DUA HARI..Dan bahan-bahantadi masih ada lebihan dan boleh dimasak lagi untuk hari ketiga.Kalau sekeluarga ada 7 orang macam aku ni makan kat hotel atau restoran untuk dua hari dah berapa?
Ni kawan aku dari kampung ajak mengeteh, aku keluarlah.Bukan senang nak jumpa dia kat Shah Alam ni.

Jumaat, 21 November 2014

KRIM DAUN GELENGGANG-UBAT GATAL

KRIM GELENGGANG DAN SABUN GELENGGANG

www.wasap.my/+60103443880
 3 KRIM GELENGGANG
PAKEJ 1 SM RM 25
SS RM 30

 3 KRIM GELENGGANG + 1 SABUN GELENGGANG MINI
SM RM 30
SS RM 35


3 KRIM GELENGGANG + 1 SABUN GELENGGANG 90 GRAM
SM RM 45
SS RM 50


3KRIM DAUN GELENGGANG DAN 1 GEL MANDIAN GELENGGANG



KRIM DAUN GELENGGANG MENGUBATI PANAU, KURAP, KUDIS, GATAL DAN ULAT AIR
Berat lebih kurang 25 gram

UPDATE 7 OKTOBER 2017



 KRIM GELENGGANG 
CARA ORDER:


MAYBANK: 1514 6320 9083 HAMIDAH ALI 
  
BSN : 01126-41-0000-3090-5 MAT SOM SADONO

Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880


Kemudian nyatakan:


Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM

TESTIMONI PRODUK GELENGGANG TERKINI OGOS-OKTOBER 2016











11 Kelebihan Produk Gelenggang:

:point_right: Mengatasi gatal pada kulit
:point_right: Mengubati Panau
:point_right: Merawat kurap
:point_right: Mengubati Kulat Air
:point_right: Merawat Kudis
:point_right: Mengatasi masalah kudis kulit kepala
:point_right: Sebagai ubat bisul
:point_right: Mempercepat penyembuhan luka
:point_right: Memulihkan kulit yang terkena air dan minyak panas
:point_right: Memulih sel kulit yang mati
:point_right: Menyihatkan kulit

CONTACT: