JOHOR BAHARU, (Bernama) -- Kerajaan Negeri Johor berharap kerajaan pusat memberikan perhatian terhadap soal pemilikan rumah oleh rakyat dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif dalam perkara itu penting berikutan kos sara hidup tinggi sekarang ini menyebabkan rakyat rasa tertekan.
"Kita berharap kerajaan pusat dapat mencari penyelesaian untuk memudahkan rakyat memiliki rumah terutamanya rumah mampu milik dengan meningkatkan kemudahan untuk membuat pinjaman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Deepavali Permas Jaya 2014 di sini malam tadi.
Di samping itu, beliau berharap kerajaan pusat menentukan supaya pendapatan boleh guna rakyat dapat bertambah sama ada melalui pengurangan cukai atau menambah lagi jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memandangkan kerajaan sudah mengurangkan subsidi minyak.
Sumber: BERNAMA
Jika kita melihat harga rumah yang ada di sekeliling kita sekarang ni....dah tak ada harga rumah di bawah RM 100K....Yang ada RM 250K ke atas....bagaimana orang muda nak beli,kalau sebulan perlu bayar RM 1500-RM 2000? Beredarnya whatsaapp, ada muslihat pemaju ingin meminggirkan orang Melayu ada benarnya. Jadi,kalau kerajaan membiarkan keadaan ini, alamatlah orang Melayu akan terus merempat di bumi sendiri. Kalau ada tanah warisan orang tua, Alhamdulillah jangan dijual pula.Yang tak ada, bagaimana?
UPDATE 10 OKT:
PM KATA....
"Prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah, kerajaan bersetuju agar had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada RM80,000 kepada RM120,000.
Sementara had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000" kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Aku rasa ini bukan penyelesaian masalah tersebut. Projek untuk pembinaan rumah mampu milik harus diutamakan. Nampaknya kalian yang belum ada rumah kenalah merancang sendiri untuk masa depan kalian.
"Pada 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi iaitu di Putrajaya sebanyak 1,600 unit, Bukit Jalil (1,530); Papar, Sabah (1,290) dan Bukit Pinang, Kedah (960)," katanya.
OK...yang bukan penjawat awam pula bagaimana...?