Selasa, 21 Oktober 2014

MAUT DISERET KERETA API DI KUALA LANAR


Gambar Hiasan-Mbasic

KUANTAN, 21 Okt (Bernama) - - Seorang lelaki maut selepas dirempuh dan diseret keretapi sejauh 250 meter di Kuala Lanar dekat Kuala Lipis awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi ketika keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Polis yang menerima maklumat kejadian itu daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu sejurus selepas kemalangan tersebut kemudian bergegas ke lokasi kejadian," katanya.

Mayat lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan menyayat hati dan mukanya tidak dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat tanpa sebarang indentiti pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat mangsa.

"Pemandu dan semua penumpang keretapi Senandung Wau TN yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu kemudiannya telah meneruskan perjalanan setengah jam kemudian," katanya.

Abdul Razak meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.



BERNAMA

Tiada ulasan: