Bermula dulu ketuk pintu rumah orang, untuk jual barang. Sekarang kena ketuk pintu hati mereka melalui handphone. Pelanggan boleh kita dapat daripada blog, Fb, status Whatsapp, Google Plus dan Intagram.
Semasa aku jual sendiri, aku tak terikat. Ada stok atau tak ada stok, aku relax je, alasan boleh beritau customer maya.Tetapi apabila bawah kita dah ada 5-6 orang yang buat dropship, aku mesti sentiasa ada stok. Sebab itulah seminggu sekali sekarang aku dah kena ambik stok di Melaka. Kena jumpa founder produk.
Nampak macam dekat, tapi memakan masa 4-5 jam juga. Dua jam perjalanan pergi, dan dua jam perjalanan balik. Satu jam untuk ngeteh dan solat. Kebetulan hari tu, anak-anak lelaki tiga orang ini, tak ada program apa. Aku ajak je semua nak je ikut.
Biasalah dalam perjalanan pergi tu belok rumah 2-3 customer. Lepaslah juga duit kocek budak tiga orang ni. Irfan pulak mintak belikan bateri handphonenya yang dah menggelembung.
Ada satu kedai di Muar ni memang tak mengecewakan. Dia ada jual bateri hphone jenis lama Lenovo..sesetengah kedai tunggu seminggu baru dapat barang. Dengan wujudnya bateri baru ni, dapat menyelamatkan duit bapaknya RM400 daripada melayang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan