Khamis, 2 November 2017

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN GURU



TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN 

SET RAWATAN SAKIT KULIT PANAU, KURAP EXCEMA DLL

KREDIT KEPADA BLOG
http://santaihariff71.blogspot.my/

Saya edit dan ubah suai ikut situasi di sekolah saya


Assalamualaikum w.b.t ,

DENGAN SEGALA HORMATNYA dipersilakan semua tetamu untuk mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi…..

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Md Janis Bin Abdul Rahman dan isteri beliau Pn. Fairos bt. Asmawi, Cik Rosnah Mokri dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke 


Biji selasih enak dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Malam yang indah penuh ceria
Hari yang bahagia penuh bermakna

Kami bawakan kepada anda Majlis Persaraan En Md Janis Abdul Rahman dan Perpisahan Cik Rosnah Mokri.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam maufakat Johor.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Imam Masjid Pt Simis En Zainudin Masudi, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


-------------BACAAN DOA -------------BACAAN DOA---------------------------------------

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Imam Pt Simis, Encik Zainuddin Masudi itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.





Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Seri Pasir, En Abu Bakar Bin Sarip.

Yang Diraikan En Md Janis Bin Abd Rahman, dan Cik Rosnah Bt Mokri

Yang Berusaha En Zakariah Bahari, Pen Kanan Pentadbiran SK SERI PASIR

Yang Berusaha Pn Habibah Bt Dahlan PK Kokurikulum

Yang Dihormati En Mohd Nizam Adenan Yang Dipertua PIBG

Yang Dihormati En Mohd Zakaria Marsam GB SK SEDAYONG

Yang Dihormati Dr KAMISAH BUANG, dari IPG Batu Pahat selaku wakil Alumni Cikgu Janis iaitu dari Group Ceria SMKSM 1966, Sdra Yussaini dan Isteri, En Zainuddin Masuri yang juga daripada Alumni GROUP CERIA SMKSM 66. Cikgu Imran guru di SK SERI SEJATI.

Yang dihormati Isteri Cikgu Janis, Pn Fairos Asmawi DAN turut bersama-sama anak-anak dan menantu.

Yang saya kasihi semua AJK BILIK GURU, rakan-rakan guru, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan….


Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama bertemu pada malam yang bersejarah ini untuk meraikan En. Md Janis Bin Abdul Rahman yang mula bersara mulai esok, juga buat Cik Rosnah Mokri yang telah berpindah ke tempat kerja baru di Kangkar Baru 
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Md Janis Bin Abdul Rahman sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah kita yang tercinta ini. Seperti yang kita semua sedia maklum Cikgu Janis telah menyumbangkan bakti dalam dunia keguruan ini selama hampir 40 tahun, dan sudah tentulah terlalu banyak pengalaman pahit manis yang beliau lalui.   

Juga jasa Cik Ros yang menguruskan hal-hal pentadbiran seperti hal-hal cuti, pengurusan fail dan permohonan kenaikan pangkat dan banyak lagi jika hendak kita senaraikan…Dan kehilangan beliau amat dirasakan, umpama dilanggar geroda, pejabat jadi senyap dan sunyi tiada tawa ria memecah kesunyian lagi… 



Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, dengan ini Majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar SK SERI PASIR, EN ABU BAKAR BIN SARIP untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan………..

----------------------U.C.A.P.A.N   G. B. E. S. A. R-------------------------------


Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan oleh Tuan Guru Besar itu tadi.


Tidak seperti kebiasaan, majlis malam ini kita turut menjemput bekas-bekas pelajar Cikgu Janis, antara yang kita jemput ini adalah pelajar-pelajar terawal beliau mengajar sekitar tahun 1979. Yang menariknya angkatan kami ini diajar oleh Cikgu Janis dari Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 5. Tingkatan 1 Guru Kelas kami Cikgu Janis, apabila kami berpindah ke sesi pagi, iaitu semasa di Tingkatan 3, Cikgu Janis juga Guru Tingkatan kami, dan apabila sampai Tingkatan 5, sekali lagi Cikgu Janis adalah guru kelas kami. Cikgu Janis sangat pakar dalam matapelajaran Perdagangan dan Prinsip Akaun, sehingga kejayaan beliau mencapai keputusan 100% bagi kedua-dua matapelajaran tersebut dalam peperiksaan SPM, telah menjadi sebutan di peringkat daerah. Pelajar-pelajar beliau ramai yang berjaya meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perakaunan, malah ketika itu ada yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara….Di sekolah ini sahaja kita ada lima orang insan yang berjaya menjadi guru yang hebat.

Malam ini majlis menampilkan salah seorang pelajar beliau yang kini menjadi pensyarah di IPG Batu Pahat. Di sekolah ini beliau tidak asing lagi kerana adik beliau bertugas di sini, iaitu Puan Kayati Buang dan sebelum ini kakanda beliau Cikgu Mohamed Buang juga bertugas di sekolah ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Kamisah  Buang untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili semua bekas pelajar Cikgu Janis dari tiga buah  sekolah amnya, dan mewakili Alumni  Group Ceria SMKSM 1966.

MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN……


----------------------ucapan DR KAMISAH BUANG---------------------------


MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DR KAMISAH BUANG atas ucapan beliau tadi.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan CIK ROSNAH MOKRI, tentu banyak yang ingin beliau kongsikan dalam majlis ini terutama kisah suka duka sepanjang di SK SERI PASIR, serta pengalaman baru di sekolah baru, di SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN KANGKAR BARU. Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan……..


------------------------ucapan CIK ROSNAH MOKRI---------------------------


RIBUAN TERIMA KASIH atas ucapan CIK ROSNAH MOKRI sebentar tadi. 
Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Md Janis Bin Abdul Rahman. Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

--------------------Ucapan Cikgu Janis--------------------------------------------



Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En Md Janis Bin Abdul Rahman atas ucapan beliau itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat


Hadirin yang dimuliakan,

Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu  majlis menjemput Cikgu Janis dengan diringi oleh isteri dan Tuan Guru Besar tampil ke hadapan untuk memotong kek sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran  dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu buat Cikgu Janis

Allah Selamatkan Kamu….
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Cikgu Janis
Allah Selamatkan Kamu

Terima kasih diucapkan kepada Janis Bin Abdul Rahman menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.






MAJLIS SEKALI LAGI DENGAN HORMATNYA MENJEMPUT Tuan imam kita En Zainddin Masudi untuk memimpin bacaan doa…….



----------------DOA MAKAN---------------------------------------

TERIMA KASIH kepada Tuan Imam Zainuddin Bin Masudi yang membacakan doa itu tadi…Dengan doa itu tadi, Tuan-tuan dan Puan-puan dipersilakan untuk menjamu selera dengan hidangan yang disediakan…..



Sebagai mengimbas kembali memori Cikgu Janis sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan, dipersilakan Cikgu Burhan untuk memaparkan persembahan multimedia…sama-samalah kita saksikan……… 


----------------------------PERSEMBAHAN MULTIMEDIA-------------------------------




TERIMA KASIH KEPADA CIKGU BURHAN YANG TELAH MENYIARKAN persembahan Multimedia yang cukup mengesankan dan pasti menjadi kenangan yang tidak akan kita lupakan….Persembahan multimedia ini juga dapat kita tonton dalam video Youtube….






Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Md Janis Bin Abdul Rahman dan Cik Rosnah bt Mokri…

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar SK Seri Pasir, En Abu Bakar untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan buat mereka berdua……


(*Nota…Lihat List hadiah dan cendera hati)
1.
2.
3.
4. Dll


Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En.  Md Janis Bin Abdul Rahman dan Cik Rosnah Bt Mokri atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderahati  sebentar tadi.











Berjalan sampai ke batas
Belayar Sampai ke pulau
Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk Cikgu Janis……….

Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Untuk Cik Rosnah,
Teruskan perjuangan, semoga cik Ros terus gemilang

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai Padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami sementara nampak
Esok jangan rindu-riduan

Sebagai akhir bicara kami bagi pihak AJK Majlis Persaraan dan perpisahan ini memohon maaf andai sepanjang majlis ini ada kekurangan dan kekhilafan….Terima kasih atas kesudia Tuan2 dan Puan2 yang dapat meluangkan masa bersama dalam majlis yang syahdu ini.

Wabilahitauhid walhidayah wassalmualaikum warohmatullahiwabarokatuh.






 




Tiada ulasan: