Selasa, 23 Julai 2019

AWASI JANJI ANDA

KALAU BERJANJI, MASA MESTI DISEBUT DENGAN TEPAT


Assalamualaikum Sahabat Mayaku Semua..

Petang ni aku nak cerita fasal JANJI. Dua hari lepas dah upload buat Sambal Tahun, tak sangka ada 450 views...Ramai berminat makan sambal rupanya.

Hal Janji yang aku nak cerita bukan cerita politik....Politik yang semakin menjijikkan itu ...Tetapi kisah kerenah janji manusia....

Dalam kehidupan aku ni lah, pagi kerja hakikilah. Petang ada bisnes sambilan, berurusan dengan customer ...macam-macam jenis perangai orang ada, terutama bab berjanji..

Daripada pengalaman itu, aku simpulkan ada 3 Jenis janji.

PERTAMA: Menepati Janji Sungguh. Memang tepat, kadang-kadang aku terlewat 3 minit kerana kesesakan jalan raya, orang tu siap tunjuk jam. "Awak lambat tiga minit". Orang macam ni, aku memang cukup kagum. Golongan ni tak suka ada istilah Janji Melayu dan mereka telah buktikan. Aku harap korang jenis yang pertama ni.

KEDUA: Janji kata pagi nak datang ambik sendiri barang kat rumah. Tunggu punya tunggu sampai ke malam tak datang juga. Sampai kita tak boleh ke mana-mana. Esok tunggu lagi, tak datang juga. Apabila aku wasap dia. Selamba dia jawab.. "Oh..engko tunggu yaa? Sorylah aku tak sempat".

KETIGA: Janji nak kena jelas. Kalau petang kena sebut pukul berapa. Ni fasal aku dah kena. Masa kena tu memang geram pun ada. Tapi rasa salah sendiri.

Petang tu, aku berjanji dengan seorang customer ni. Umur lingkungan 60 tahun. Ada masalah resdung. Aku janji dengan dia..

"Petang esok saya hantar ubat resdung tu ke rumah Tuan Haji.."

Dia balas ok.

Esoknya pkl 4.00 petang, dia call dan memaki hamun aku. Aku agak terkejut dan termangu-mangu.

"Awak tau tak, saya dah tunggu awak dari pkl 1.30 tadi!!!"

Saya tenangkan orang tua tu..
"Pakcik kan tau pagi saya kerja, pkl 3.00 petang baru sampai rumah. Pukul 3.30 ambik anak sekolah agama. Maksud petang tu bagi saya lepas Asar. Sekitar pukul 5.00 hingga pukul 6.00"

Orang tua tu dah naik antu. Bagai saka dah menguasai diri. Dia memarahi aku macam aku kacau anak dara dia...hahaha... Aku pujuk diri aku... Terus aku blok nombor dia hahaha... Malaslah nak layan orang lain macem seperti tu..hahaha

Itu je lah cerita aku. Pengajaran daripada peristiwa itu, kalau janji dengan orang, kena sebut masa yang TEPAT dan JITU (Contohnya Pukul 5.17 petang hahaha)

1 ulasan:

Umialya berkata...

Adoiiiii dapat pelanggan 2 & 3 memeningkan kepala..

Bab masa, saya kagum dengan suami (terpuji suami pula..opssss), jika janji jam 9 pagi, jam 8 pagi sudah siap.. kita pula terkalut bagai bila lihat dia dah berlegar di halaman.. sesekali akan bertanya 'sudah siap ke belum? '