Ini pendapat sayalah..
Pada masa itu, hujung Feb. Setiap orang yang balik dari Korea di Klia1 dan Klia2 dapat 1 kertas, memperingatkan agar ke hospital jika ada tanda2 demam, batuk dan selsema.
Sama ada orang itu nak kuarantinkan diri atau tidak, bergantung pada individu itu sendiri. Tak ada sesiapa yg menelefon atau mengawal pergerakan dia bagi memastikan mereka dikuarantin.
Maka, kat situ ada satu kekurangan. Tambahan pula individu ini tidak ada tanda2 atau simtom2...Dia sendiri tidak terlintas langsung perkara ini akan terjadi. Pemeriksaan KKM di KLIA memang lepas kerana suhu badan ketika itu normal. Inilah bahayanya virus ini.
Untuk akan datang, jika ada virus baru atau wabak baru. Semua yg datang atau balik dari negara berisiko. Mesti dikuarantin di satu tempat khas (hospital), jika di rumah, hanya diri sendirilah yg mengawal...kalau ada sikap acuh tak acuh inilah jadinya.
Saya juga balik dari Korea pada 29 Feb. Saya kawal dgn ketat semua ahli keluarga saya 7 orang untuk tidak bertemu sesiapa selama 14 hari tu. Saya tahankan diri untuk tidak berjumpa sesiapa hatta ibu saya. Habis kuarantin 14 hari kini satu negara pula dikuarantin gara2 pemuda ini (jika benar dakwaan ini).
2 ulasan:
Assalamualaikum, cikgu apa khabar sekarang? Mudah-mudahan sihat hendaknya..
Waalaikumussalam Zakiah
Alhamdulillah
Semua sihat
Semoga Zakiah sekeluarga juga sentiasa dlm lindungan Allah SWT
Catat Ulasan