Rabu, 19 Ogos 2020

EMPAT HARI DI TAWAU


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam kejayaan buat kalian yang sudi membaca entri aku ini. Sudah dua bulan rasanya aku membiarkan blog ini tanpa pengisian. Bukan aku tidak punya cerita atau masa, cuma sekarang masa lebih banyak pada chanel Youtube aku, kerana menyiapkan video lebih menarik daripada menulis.

Sesungguhnya aku tidak pernah terfikir langsung untuk sampai di bumi Tawau. Jika Kota Kinabalu dan Kundasang mungkin pernah kuterbayang untuk pergi, apabila selalu melihat rakan-rakanku bergambar ceria berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. 

Semuanya sudah diaturkan Allah SWT. Entah bagaimana, satu hari anak lelakiku menerima email tawaran dapat peluang belajar di sana. Perasaan aku kosong ketika itu. Perasaan berpisah jauh dengan anak seperti sudah lali semenjak Ili belajar di Korea tempoh hari, maka dengan berbesar hati saya dan isteri menyokong penuh pemergian Ikhwan ke Tawau.

Setelah keputusan segera dibuat, kami pun menyediakan segala kelengkapannya di sana. Puas sudah aku menggogle dan menyotube akan apa yang ada di Tawau. Kudapati politeknik itu hanya 13 minit sahaja daripada Lapangan Terbang Tawau. Ini sudah sangat strategik. Namun bandar Tawau hampir 40 minit dari Politeknik itu. Dan bayaran grab lebih kurang RM45. Semuanya aku kaji.

2 Ogos 2020,Hari yang ditunggu pun tiba. Aku mengambil cuti CRK lagi selama tiga hari. Guru Besarku sangat memahami dan memberi kelulusan tanpa banyak soal. Kami pergi ke Tawau melalui Senai Airport. Akibat covid19, suasana di airport agak kelam kabut dengan sistem barcode. Kami hampir-hampir tertinggal kapal terbang. Ini juga gara-gara perlu mengisi pelbagai borang kemasukan ke Sabah sebelum menaiki pesawat.

Sampai di Tawau sekitar jam 6.15 petang. Penerbangan berlancar lancar dan cuaca sangat baik. Turun saja di sana, aku menelefon Sdra Aslan taukey kereta sewa.  Aslan sangat peramah dan kami merasa tidak sabar untuk meneroka bandar Tawau. Sdra Aslan menyerahkan kereta Proton Saga baru berwarna merah dengan bayaran RM300 untuk tiga hari.

Kami menuju bandar Tawau yang 35 minit daripada Airport itu. Terus menuju hotel Oyo. Bersambung dengan video...Dah tak larat nak tulis hehehe.



Ke Tawau jika tidak pergi kePke UTC maka tidaklah lengkap lawatan itu...jom lihat apa yang ada di sana...





2 ulasan:

Umialya berkata...

Tahniah Anak dan Cikgu sekeluarga..

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih byk UA