Rabu, 14 Julai 2021

LUAHAN HATI RAKYAT MARHAEN


 

     Aku baca berita di Harian Metro online, kematian seorang guru di Melaka yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan Pdpr. Namun kematian beliau masih dalam siasatan pihak polis.


     Selepas baca berita itu, banyak komen ditulis oleh netizen, betapa guru juga tertekan dan bermacam-macam lagi komen andaian tentang apa yang berlaku.


    Namun tiba-tiba terbaca komen Ddfazreen, yang menulis komen yang agak panjang. Namun komen itu tiada kaitan dengan peristiwa yang berlaku.


    Entah kenapa aku terpana dengan komen hamba Allah ini. 


Mari kita baca sama-sama komen Ddfazreen.


"Ini luahan hati saya..saya dah 8bln tak ada kerja tak ada pendapatan..berniaga kecil2 tutup sbb sekejap pkpb pkp pkpd..saya mkn nasi putih dan sebiji telor goreng dgn kicap saja hari2 dan minum air kosong kdg2 minum air kopi sekali saja sehari dah 8bln nak bertahan hidup berjimat janji ada mkn dan minum..saya duduk di kl ni seorg diri saja..mkn sehari sekali saja ikat perut..seblm covid19 boleh lah mkn 2 ke 3 kali sehari dgn berlauk ayam, ikan, daging dll..boleh mkn burger, pizza dan KFC lg..boleh jln2 bebas dll..sekrg ni terkurung berbulan tgk dinding saja hari2..dah naik boring..dah stress saya kes tak turun2 juga..

Hidup saya dah koyak..kdg2 jatuh juga air mata lelaki saya..sedih gila hidup sekrg ini..hidup tak seperti hidup..mati tak seperti mati..berbulan terkurung di rumah tanpa boleh berkerja sampai bila mcm ni..dah 8bln juga saya tak jumpa isteri dan anak ppuan seorg umur 7tahun di kg di sabah..isteri saya pula sakit terkena sihir..nasib baik saya dpt juga bantuan makan sikit2 melalui ngo kwn2 yg bantu dptkan boleh lah bertahan sikit2 tpi sampai bila berharap bantuan, sewa rumah, bil2 dll nak kena byr bln2..duit nak kena cari juga byr semua tu lama2 berhutang..sampai bila lah pkpd dan sewaktu dgn nya kita tak boleh berkerja, rentas daerah dan negeri..mcm ni sampai bila kita rakyat berkurung saja sampai kita rakyat mereput kah duduk di rumah..terus terang ckp emosi saya selalu terganggu tgk hari2 kes covid19 tak turun2..nasib baik kwn2 yg ada di kl ini bg saya semangat untuk terus hidup dan hadapi ujian dan dugaan ini dgn tabah serta bersabar..kdg2 mental saya down juga..nasib baik iman saya kuat lg tak bunuh diri sbb saya syg isteri dan anak saya..kdg2 saya terpaksa ambil pil tidur bila saya tak boleh tidur fikir kes covid19 yg tak turun2 ni..

Saya rindu sgt nak jumpa isteri dan anak dpt kami berkumpul semula dpt jln2 mkn sama2 seperti seblm ada covid19..minta tlong sgt2 lah pd kerajaan, PM, TPM, MKN dan KKM buat lah sesuatu untuk rakyat yg tgh susah sekrg ini..jgn sampai ramai rakyat stress yg bunuh diri dari mati kena covid19..sejak covid19 melanda malaysia, ini kali pertama saya bersuara sbb saya dah terkesan sgt2 teruk..ramai rakyat terkesan teruk skrg ni.."

Tlong ambil dgr suara rakyat..jgn pdg saja..buka mata besar2 tgk apa yg berlaku pd rakyat skrg..jgn tidur..bangun lah..buka besar2 telinga tu dgr rintihan rakyat..ramai rakyat tak ada duit dan mkn..brape ramai tak kerja, brape ramai tak mkn, brape ramai tidur dlm kelaparan dll..ini kisah hidup saya lalui sekrg ni..kisah hidup org lain mcm mana pula..sedihlah tgk negaraku MALAYSIA hari ini..dulu bkn main negaraku di mata dunia TERBILANG, GAMILANG dan CEMARLANG..sekrg apa dah jd MALAYSIA..rakyat hidup dlm tekanan..tlong lah kami.."

Bersyukurlah kepada kalian selama covid melanda ini, kalian masih memiliki segala-galanya. Ada jutaan orang di tanah air ini yang menderita, hilang kerja, hilang segala, malah ada ribuan orang yang kehilangan nyawa (sila rujuk jumlah kes kematian akibat covid 5000 dan campur bunuh diri 300).

Tiada ulasan: