Jumaat, 16 Julai 2021

MENGAPA TAKUT MENJADI YOUTUBER?



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sewaktu anda berkubu di rumah sekarang ini, usah waktu berlalu tanpa menambah ilmu. Anda boleh mendapatkan  pelbagai ilmu daripada internet. Kepada yang tidak minat membaca blog, video Youtube boleh mengajar kita pelbagai perkara. 


Yang aku nak ketengahkan kali ini, kita masih takut-takut hendak menjadi youtuber dengan pelbagai bayangan ketakutan.


Satu hal yang aku tertarik, orang Indonesia lebih terkehadapan dalam penghasilan video Youtube. Dari cerita memasak, tutorial itu ini, memancing, menceritakan keindahan desa, penceritaan hobi dan lain-lain yang berkaitan lingkungan kehidupan mereka.


Soalnya sekarang kenapa anda tidak mahu turut merebut peluang ini? Mereka juga bermula dengan kosong. Bermula dengan apa yang seadanya, guna handphone biasa-biasa sahaja. Labanan Gondrong misalnya, bermula dengan tanpa tripod, hanya ikat handphone pada batang kayu yang dipatahkan.


Kisah Viveonah  di Sabah tempoh hari membuktikan, tanpa liputan internet yang baik dan terpaksa memanjat pokok untuk upload video pun, pelajar itu kini jadi antara Youtuber yang dikenali di Malaysia.


Jadi, apa anda nak tunggu? Ayuh mulakan sekarang. Orang berjaya mencari cara, orang gagal mencipta a...l...a..

s...a....n.


Contoh Youtuber yang bermula dengan zero


Indonesia: 

https://youtube.com/c/GondrongLabanan

Dan

https://youtube.com/c/gokilabisbajindul


Malaysia:

https://youtube.com/channel/UCnoVeiS-qv_Wo7A3rQ8VdOw


Dan kini mereka menikmati pendapatan bulanan yang lumayan....


Jika waktu gawat ini anda pening nak cari side income tanpa perlu mencari downline, Youtubelah jalan keluarnya.


Syaratnya anda perlu tekun, gigih, kreatif dan cekal. Rajin menambah ilmu. Jangan risau di Youtube sendiri dah ramai Youtuber yang boleh mengajar anda dengan percuma. Pokok utamanya anda, mau atau tidak?


Hanya ingin membuka minda anda

~Chanel Mat Som Sadona

 

Tiada ulasan: