Khamis, 12 Ogos 2021

BONDAKU TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW..


Hari ini 2 Muharam 1443 hijriah bersamaan 11 Ogos 2021 bonda saya Hjh Tumut Binti Ikhsan telah kembali kerahmatullah pada jam 10.25 pagi kerana sakit tua (83 tahun).


Saya bagi pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jiran sekampung yang telah menyempurnakan jenazah ibu kami dari mula sehingga selesai petang tadi di perkuburan Parit Ju, Seri Medan, Batu Pahat.









Terima kasih juga kepada sahabat dan saudara mara jauh dan dekat yang terus menitipkan doa dan Fatihah kepada bonda kami.


Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah ibu kami, Rahmatilah dia, Maafkanlah dia, Muliakanlah ia, Lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Taman-taman syurga sebagai ganti tempat tinggalnya..


Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ ñعَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Tiada ulasan: