Khamis, 26 Ogos 2021

VIDEO VIRAL RISAU PULAK


Video yang aku berikan tajuk Jom Ikut Aku Pusing-pusing Parit Sulong ini sebenarnya tidak kuduga akan jadi viral bagi perantau yang berasal dari Parit Sulong. 

Semasa aku upload di Youtube tontonan hanya 30 views.

Tetapi apabila video ini kuupload di Facebook, tiba-tiba saja dikongsi oleh 229 orang dan 7000 views. 

Dalam dua tiga hari ni apabila aku ke pekan, ada saja yang bertanya tentang video ini. Aku sendiri malu nak menonton semula video itu.


Tapi sebenarnya ikut rekod minggu lepas aku lagi terkejut dengan video yang aku ambik dari Tiktok karya Zack9599...

Video yang bertajuk, Pokok-pokok Yang Menghalang Sihir, terkejut aku paparan menunjukkan lebih setengah juta views. Dan dikongsi oleh 46000 orang


Lalu aku bertanya kepada diri aku sendiri. Apa yang aku dapat? Jika ia baik, moga Allah beri fahala kepada aku. 

Minggu ini juga aku dah terima gaji pertama sebagai youtuber. Pengalaman menerima gaji pertama ini sangat menarik untuk aku kongsikan dalam video Youtube aku seterusnya.

Tiada ulasan: