Khamis, 12 Januari 2023

ARAB SAUDI LARANG BAWA KELUAR AIR ZAM ZAM DARI NEGARA MEREKA


 Video Tiktoker kupinjam videomu. 


Nasib Tiktoker ini sama seperti yang aku dan 34 orang lagi jemaah umrah alami pada 27 Disember 2022 di Lapangan Terbang King Abdaziz Jedah, tempoh hari. 

Masing-masing rasa ralat dan terkilan dengan peraturan baru kerajaan Arab Saudi itu. 

Hanya Mak Cik Bibi yang dapat bawa balik, air zam zam lima liter di dalam kotak itu. Ini kerana beliau seorang yang menggunakan Visa Umrah, sedangkan 35 yang lain termasuk mutawif sendiri menggunakan visa pelancong. 

Ada jemaah yang bertanya, kenapa guna visa pelancong? 

Puan Faezah ahli rombongan yang biasa ke luar negara (dah melancong 14 negara ngko)  menjawab, apabila mutawif kami enggan mengulas perkara itu. Lagi pun beliau sudah jelaskan dalam taklimat akhir kepada semua jemaah setibanya di Klia. Namun masih ada ahli jemaah seperti tidak mahu terima hakikat itu. 

"Visa umrah kosnya mahal sebab itu kita guna visa tourist. Kelebihan visa tourist ni,  kita boleh pergi sehingga 90 hari, tetapi visa umrah hanya valid 30 hari,dan proses utk visa umrah mmg rumit dan perlu siapkan document sbgai cth kalau perlu mahram kene ada surat nikah dan di sahkan di pejabat kadi. Satu lg visa umrah kena buat bio matrix ,camner susahnya nak buat bio matrix try tanya jemaah dlm ni, Hjh Putyyamnikal" Ujar Puan Faezah dari JB itu bagi menenangkan jemaah yang terkilan tak dapat bawa balik air Zam Zam itu. 

Beliau menasihati sahabat-sahabatnya, 
"Nak redha mmg ambil sedikit masa.
Resetkan minda asbab drp ujian ini, Allah nak kan kita buat saving untuk dapat datang lagi merasai kenikmatan yang jauh lagi manis InshaAllah. Setiap apa yg berlaku ada hikmah yang tersurat dan tersirat.
Bila ada yg bertanya2 mengenai air Zam Zam, khabarkan sahaja Allah menunggu mereka untuk ke sana InshaAllah, Aaminn"

Pihak Glocal Travel juga menenangkan jemaah agar bersabar, kerana itu peraturan Arab Saudi, dan kita semua kena akur. 

Aku pernah terdengar air Zam Zam pernah dijual di Tabung Haji Batu Pahat. Aku pun call, namun aku kecewa, Tabung Haji juga memberi alasan yang sama, tidak dapat membawa bekalan air Zam zam ke Malaysia. 

Kesimpulannya, minumlah puas-puas semasa di Mekah dan Madinah. Jika nak bawa balik juga, pandai-pandailah nak seludup macamana. Botol kecil bolehlah, itupun kena balut dengan kain banyak-banyak. Tak gitu bang?  😂😂


Tiada ulasan: