Khamis, 12 Januari 2023

KOMEN INA NAIM DAN SUHAIMI SAAD TENTANG KEMELUT SYAMSUL DENGAN PUTERI SARAH

Nasihat Ina Naim dan Suhaimi Saad kepada netizen tentang masalah rumahtangga Syamsul dengan Puteri Sarah.


Dalam dua minggu ini media sosial kita dipenuhi berita persengketaan Pengarah Filem hebat Syamsul dengan isterinya Puteri Sarah akibat kontreversi perkahwinan kedua beliau dengan Ira Kazar.

Aku sebenarnya tak nak ambil port tentang isu ini. Namun berita itu asyik lalu dalam video Fyp Tiktok, juga wall Facebook aku, sedikit sebanyak aku terbaca dan tertonton juga.


Lebih parah lagi, wanita dan perempuan yang jadi sahabat Facebook aku mula kemurungan, tak senang duduk dan mengulas isu ini dalam status, cerita di wall medsos mereka, seolah-olah ini terjadi kepada mereka. Lebih malang lagi ada yang tag suami mereka!


Justeru itu, dengarlah nasihat Puan Diana Naim dan Suhaimi Saad berkenaan kemelut Syamsul dan Puteri Sarah ini.


Jika anda baca komen-komen netizen dalam media sosial, majoriti wanita bagai hilang pedoman dan histeria. Pada hal mereka tidak tahu jalan cerita yang sebenar.


1 ulasan:

Umialya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.