Rabu, 29 Mac 2023

SACHA INCI OIL MUAR DAN BATU PAHAT


Sacha Inchi Oil RM28.00 Harga Semenanjung. Kandungan 30 biji Soft Gel.

Pengurus Jualan Sacha Inchi Oil Batu Pahat Johor.


SACHA INCHI OIL RM50 - 60 BIJI BATU PAHAT DAN MUAR.

Sacha Inchi Oil kini telah trending dan dikenali ramai. Ia kaya dengan Omega 3, Imega 6 dan Omega 9.

Saya turut memasarkan Sacha Inchi Oil bagi daerah Batu Pahat dan Muar.

Boleh wasap saya di Nombor ini, klik:

http://www.wasap.my/+60103443880




Ahad, 26 Mac 2023

TINGKAT DAN TAHAP YOTUBER, ANDA DI MANA?

 


Berapakah Jumlah Pencipta Kandungan (YOUTUBER) di YouTube pada tahun 2023?

Menurut laporan itu, antara 2.67 bilion pengguna aktif YouTube, sekitar 113.94 juta memutuskan untuk mencipta saluran YouTube mereka dan menjadi pencipta kandungan (Youtuber).

Ini bersamaan dengan hampir 4.3% daripada semua pengguna aktif YouTube.

Mari kita lihat bilangan saluran YouTube dengan pelanggan mereka:

TAHAP 1
73,805,456 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai kurang daripada 100 pelanggan, menyumbang 4.27% daripada jumlah pengguna aktif YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 2
28.4 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 100 hingga 999 pelanggan, menyumbang untuk 24.93% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 3
10.1 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 1,000 hingga 9,999 pelanggan, menyumbang 8.86% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 4
2 juta saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 10,000 hingga 99,999 pelanggan, menyumbang 1.76% jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 5
321,100 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 100,000 hingga 999,999 pelanggan, menyumbang 0.28% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 6
32,300 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 1,000,000 hingga 9,999,999 daripada jumlah pelanggan YouTube, menyumbang kepada keseluruhan saluran YouTube.

TAHAP 7
1,100 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 10,000,000 hingga 49,999,999 pelanggan, menyumbang 0.00096% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 8
35 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 50,000,000 hingga 99,999,999 pelanggan, menyumbang 0.00003% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.

TAHAP 9
9 saluran YouTube di seluruh dunia mempunyai 100 juta dan lebih banyak pelanggan, menyumbang 0.00003% daripada jumlah saluran YouTube di seluruh dunia.


Rujukan:

https://earthweb.com/how-many-content-creators-are-on-youtube/


Inilah yang aku mampu capai setakat ini. Inipun dah bekerja keras dah guysss, kadang-kadang down jugak apabila tengok hasil. Minggu ni pulak kamera kesayanganku Insta 360 Go 2 aku termasuk dalam parit yang dalam dan mati lemas tak ditemui....hahahaha...


Selasa, 21 Mac 2023

URUSAN KAD PENGENALAN USAH BERTANYA SAYA


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 
Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 
Emel : pro@jpn.gov.my

Saya Tidak Dapat menjawab pertanyaan Sdra Naser. Saya harap sdra 

1. Telefon nombor yang diberi
2. Atau hantar emel kpd alamat emel itu dan nyatakan masalah Saudara.
3. Bertanya terus di Pejabat Pendaftaran Negara di tempat saudara

Saya mohon maaf banyak2, saya hanya insan biasa seperti sdra. Dan dalam video ini pun saya hanya uruskan kad pengenalan anak saya, tidak lebih daripada itu.

Bukan apa, sejak akhir-akhir ini komen Youtube saya ini, dipenuhi soalan dan pertanyaan yang begitu syulit untuk saya menjawabnya. Khasnya daripada warganegara asing yang pernah tinggal di negara ini.

Sabtu, 11 Mac 2023

GAMBAR-GAMBAR BANJIR DI SERI MEDAN

Assalamualaikum, seperti yang kita tahu banjir yang berlaku bermula 2 Mac 2023 di Seri Medan merupakan antara banjir yang bersejarah dalam kalendar bencana Malaysia.

Di sini saya siarkan gambar-gambar yang dikongsi oleh En Kamaruddin Sunni, Hj Baharuddin Sodono, Ustaz Abd Aziz Bin Othman dan Saudara Muhammad Jihad Rosli.

Jika ingin tonton video pula kalian boleh klik link Youtube yang mengandungi lapan video berikut: klik



Rumah En Kamaruddin Suni

Ustaz Abd Aziz Osman dalam misi kemanusiaan 

        Ustaz Abd Aziz Osman dan Team


Gambar-gambar di bawah ni sumbangan 
Hj Baharuddin Sodono
             Pekan Seri Medan yang banjir

Masjid Jamek Pekan Seri Medan semasa banjir Mac 2023- Foto oleh Hj Baharuddin

             Pintu gerbang Parit Warijo

    Masjid Seri Medan pada hari banjir ke 8

         Masjid Seri Medan 10 Mac 2023

        Suasana depan Masjid Seri Medan

           Masjid Seri Medan 10.3.2023


          Pekan Seri Medan 10.2.2023 


Jalan ke Sri Pasir masih tidak boleh dilalui

          Jalan ke Sri Pasir masih banjir

                 Bot-bot orang Sri Pasir


       Kesian Bunga-bunga Kak Sarifah 
               Di Parit Lapis Bangas

     Bahagian depan Rumah E Kamaruddin                  
        Sekolah Kebangsaan Seri Pasir
               Foto En Kamaruddin

          Sekolah Agama Seri Pasir
             Foto En Kamaruddin

Di bawah ini semuanya Foto sumbangan               Sdra Muhammad Jihad Rosli
Semua lokasi di kawasan Parit Warijo Lintang Seri Medan Batu Pahat.










 

Selasa, 7 Mac 2023

KISAH BANJIR DI SERI MEDAN DAN PARIT SULONG MAC 2023






Pada hari Isnin 27 Februari 2023, suasana tenang di seluruh johor. Hanya angin bertiup agak luar biasa. Pintu terhempas sekali-sekala. Aku terfikir, kenapa angin begitu banyak hari ini. Ini sudah bulan Mac, kebiasaannya sudah mula kemarau.

Hari Selasa 28 Februari 2023, lepas waktu Zohor tiba-tiba hujan. Ketika itu aku ada tetamu, Puan Suhaina dari syarikat Hibah di Melaka. Puan Suhaina cepat-cepat meminta diri, kerana jauh tu dia hendak balik ke Melaka.

Selepas itu hujan terus mencurah-curah. Dari satu jam, ke satu jam yang seterusnya.

"Aihh lama pulak ni." Hati ini berbicara

Rabu 1 Mac 2023 Sudah 24 jam. Ternampak anak saudaraku Jihad berkongsi rumah Ustazah Amanah adikku sudah banjir. 

Aku terfikir ketika itu 
"Sungguh aneh, cepat sekali banjir ini. Biasanya banjir berlaku, hujan berturut-turut selama paling minimum tiga hingga lima hari?"

Bermula dengan itu bermulalah sahabat-sahabat aku berkongsi gambar dan video di kawasan rumah masing-masing.

Ternyata banjir sudah menjajah bumi Seri Medan. Pagi itu sudah tular video Empangan Bekok sudah dilepaskan kerana sudah tidak ddapat menampung air yang overdos. 

Jumaat 3 Mac Pekan Parit Sulong sudah ada air banjir yang melimpah di tepi jalan. 

Sabtu 4 Mac Parit Sulong secara total sudah banjir. Pekan Seri Medan yang tak pernah dinaiki air, kini telah menjadi lautan. Ia benar-benar satu kejutan!

Seterusnya, tontonlah video yang sempat saya rakamkan dan juga perkongsian rakan-rakan saya, saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga jadi satu kenangan bermakna buat semua.

Buat kerabat dan sahabatku yang terkesan dengan peristiwa bersejarah ini, semoga diberi kekuatan menghadapi semua dugaan ini.