Pada hari Isnin 27 Februari 2023, suasana tenang di seluruh johor. Hanya angin bertiup agak luar biasa. Pintu terhempas sekali-sekala. Aku terfikir, kenapa angin begitu banyak hari ini. Ini sudah bulan Mac, kebiasaannya sudah mula kemarau.
Hari Selasa 28 Februari 2023, lepas waktu Zohor tiba-tiba hujan. Ketika itu aku ada tetamu, Puan Suhaina dari syarikat Hibah di Melaka. Puan Suhaina cepat-cepat meminta diri, kerana jauh tu dia hendak balik ke Melaka.
Selepas itu hujan terus mencurah-curah. Dari satu jam, ke satu jam yang seterusnya.
"Aihh lama pulak ni." Hati ini berbicara
Rabu 1 Mac 2023 Sudah 24 jam. Ternampak anak saudaraku Jihad berkongsi rumah Ustazah Amanah adikku sudah banjir.
Aku terfikir ketika itu
"Sungguh aneh, cepat sekali banjir ini. Biasanya banjir berlaku, hujan berturut-turut selama paling minimum tiga hingga lima hari?"
Bermula dengan itu bermulalah sahabat-sahabat aku berkongsi gambar dan video di kawasan rumah masing-masing.
Ternyata banjir sudah menjajah bumi Seri Medan. Pagi itu sudah tular video Empangan Bekok sudah dilepaskan kerana sudah tidak ddapat menampung air yang overdos.
Jumaat 3 Mac Pekan Parit Sulong sudah ada air banjir yang melimpah di tepi jalan.
Sabtu 4 Mac Parit Sulong secara total sudah banjir. Pekan Seri Medan yang tak pernah dinaiki air, kini telah menjadi lautan. Ia benar-benar satu kejutan!
Seterusnya, tontonlah video yang sempat saya rakamkan dan juga perkongsian rakan-rakan saya, saya ucapkan ribuan terima kasih. Semoga jadi satu kenangan bermakna buat semua.
Buat kerabat dan sahabatku yang terkesan dengan peristiwa bersejarah ini, semoga diberi kekuatan menghadapi semua dugaan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan